Monday 9 June 2014

Set Berpantang: Pilih yang set atau loose item?

Salam

Semasa tempoh berpantang anak pertama dulu, saya memilih set leesa formula (ConfineMum set A RM215).  Dalam set tu ada tablet prawan, tablet haruan, ginger cream, minyak telon dan body contour gel. Bengkung saya tak beli pulak. Atas alasan apa pun saya tak ingat. Tapi yang saya tahu saya pilih Leesa Formula ni sebab dia boleh untuk bersalin normal dan juga yang cesarian. Lagi satu penggunaannya sangat praktikal dan sesuai untuk mereka yang berdikari sendiri ketika berpantang. tak susah2 nak bancuh2 or rendam2.  Tetapi yang saya guna habis ialah, tablet haruan, ginger cream dan minyak telon nya sahaja.  Tablet prawan, body contour gel masih ada sampai sekarang!!! Berapa punya tak disiplin daaa... hmm tapi tablet prawan tu saya stop sebab panasnya effect kat anak saya rasanya dan body contour gel tu hangat2 taik ayam je bila nak menyapunya ke perut. 
Sumber Google

Tapi bila mengandung kali kedua ni, saya tukar selera pulak.  Kali ni amik loose item.  Sebab bukan semua yang ada dalam set tu kita akan guna dan tak sesuai dengan kita.  Macam leesa formula tu, mmg ok cuma saje nak try yang lain dan tak panas. 

Kali ni saya pilih Tanamera, NR, dan Spa & Ma... tudiaaa punya la ramai. Tapi ni semua beli yang perlu sahaja dan sesuai untuk yang buat sendiri masa berpantang. (takde yang perlu bancuh2 or rendam2) kecuali teh dan herba bath

Untuk Tanamera saya beli: (sumber gambar dan boleh beli kat sini Bornda)

1. VCO -  ni sesuai untuk sapu kat perut, urutan perineum (sila google untuk tahu apakah ia) dan juga untuk diminum.  sesuai jg utk disapu pada bahagian kulit yang lain.. sedap je bau dia... (bau biskut kelapa)

2. Brown Soap- yang ni saya tak start guna lagi.  Sabun ni mcm scrub jugak dan sesuai la untuk digunakan semasa berpantang & sebelum bersalin bagi membuang segala sel kulit mati yang menimbun itu

3. Herba Bath -  Bagi mengembalikan kecergasan badan.  Ok, yang ni memang kena masak dalam air mendidih bagi mengeluarkan khasiat herba tu... Tak pasti ada berapa dalam pek tu dan boleh diulang guna. so nak mandi herba sepanjang berpantang pun boleh... Lagipun awal berpantang tu, mak mertua akan carikan daun2 herba untuk buat mandi saya. so herba bath ni kita boleh buat sendiri dan teruskan untuk minggu2 berikutnya. syok ooo...


Untuk NR pulak saya beli: (sumber gambar dan boleh beli kat sini Nonaku)

1. Akar Herbanika- Teh herba ni untuk diminum (jgn buat mandi tau).  Memanaskan badan dan melancarkan darah.  Teh ni tak la sepanas kalau kita terus makan jamu. So boleh di consider untuk yang breastfeed jgk.

2. Minyak Herbanika- Digunakan sebagai minyak urut.. bau dia memang sedap dan memanaskan badan orang yang berpantang. Jangan lupa sapu kat tapak kaki sebelum pakai stokin ye.

3. Phyto Natal - Untuk mengatasi sembelit dan melancarkan pembuangan. ;) serik dah dulu sembelit gila time berpantang.

4. Krim Herbanika Barut- Khusus disapu pada perut sebelum pakai barut atau bengkung.  NR ni ada 2 jenis. yang bancuh dan yang dah siap krim. so saya pilih yang krim punya. Mudah nak guna.


Untuk Spa & Ma saya cuba 2 item ni (sumber gambar dan boleh beli kat sini Bornda)

1. Pilis - Bagi mengelakkan gelap mata ketika berpantang serta pening yang sewaktu dengan nya... Pilis ni pun saya pilih sebab dia tak perlu dibancuh. Boleh terus sapu kat dahi je.  Yang dulu saya beli yang bancuh. Tu yang malas tu. sebab nak kena bancuh2 atas piring... (alasan..;p

2. Feminine Wash- Ini pun saya beli yang siap dalam botol dah. Senang nak guna. Picit je kat tapak tangan.


Ok laa... itu saje serba sedikit cerita set berpantang pilihan saya.  owhh citer bengkung kat lain entry ye...

Nota: sorry gambar kecik je... kalau nak tahu maklumat lanjut utk setiap produk sila berkunjung ke link yang saya sertakan itu ye...

5 comments:

  1. salam..semua entri dlm blog ini ttg pengalaman bersalin sanagt baik uk panduan..terimakasih
    jemput ke blog saya..selamat berkenalan

    ReplyDelete
  2. PRODUK HERBA BERKESAN/TERLARIS BY MAMA_SUFFI:~
    #PRODUK MANJAKANI ASLI100%(capsul,serbuk,sabun)
    # PRODUK SABUN HERBA ASLI100%
    #PRODUK 4 JENIS HERBA TERPILIH UNTUK KESUBURAN WANITA,MUDAH HAMIL.
    #PRODUK SET BERSALIN MANJAKANI ASLI100% DAN HERBA 100%.
    #PRODUK UBAT GATAL KULIT BERASASKAN TUMBUHAN DAN HERBA 100%.(kurap,gatal,panau,salap DLL.)
    #SEMUA PRODUK ADALAH HANDMADE & HOMEMADE BY MAMA_SUFFI (0135978439)

    ReplyDelete
  3. PRODUK HERBA BERKESAN/TERLARIS BY MAMA_SUFFI:~
    #PRODUK MANJAKANI ASLI100%(capsul,serbuk,sabun)
    # PRODUK SABUN HERBA ASLI100%
    #PRODUK 4 JENIS HERBA TERPILIH UNTUK KESUBURAN WANITA,MUDAH HAMIL.
    #PRODUK SET BERSALIN MANJAKANI ASLI100% DAN HERBA 100%.
    #PRODUK UBAT GATAL KULIT BERASASKAN TUMBUHAN DAN HERBA 100%.(kurap,gatal,panau,salap DLL.)
    #SEMUA PRODUK ADALAH HANDMADE & HOMEMADE BY MAMA_SUFFI (0135978439)

    ReplyDelete
  4. Salam..nak tanya..berapa kos akk guna utk beli semua loose items nie? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.... ni masa pantang anak kedua... hmmm beratus jugak la saya spend untuk beli barang2 ni. memang saya suka beli satu2 sebab kalau beli set ada je barang dalam tu saya tak guna. jadi saya akan pilih barang apa dan brand apa untuk setiap jenis barang yang diperlukan.

      Delete