Monday 15 June 2015

Perhatian: Wajib ada carseat khas untuk kanak2 dan bayi dalam kenderaan pada 2019

Salam

Isu carseat ni dah lama dah kat Malaysia.  Macam2 keluhan yang diterima dari ibu bapa mengenai carseat untuk anak2 mereka.  Ingat tak dulu penguatkuasaan pemakaian tali pinggang belakang.  Itu pun orang mengeluh jugak.  Ntah laa.  Apa benda yang kita tak mengeluh. Semua benda nak keluh kesah.

Ni hal carseat pulak.  Mahal la, leceh la, anak taknak duduk la... macam2 alasan kita bagi. Tapi sampai bila hal ini nak berlarutan.  Saya sendiri hadapi masalah kerana anak saya yang kecik ni kekadang meragam tak mau duduk dalam carseat dia.  Tapi memang kena paksa.  Kejap angkat kejap letak.  Semua ni nak bagi dia biasa duduk dalam tu.  Macam abang dia, Danial saya dah lega sebab dia memang dah suka duduk kat situ dan tahu je itu kerusi dia. Skang ni tugas saya untuk melatih si Safiyya ni pulak.. haipppp

Baca ni...

PUTRAJAYA - Penguatkuasaan mewajibkan penggunaan tempat duduk khas untuk bayi dan kanak-kanak dalam kenderaan mungkin hanya boleh dilaksanakan pada 2019, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Beliau berkata, kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun untuk melaksanakan undang-undang itu kerana tertakluk kepada beberapa prosedur. 

"Ini termasuk proses advokasi kepada masyarakat untuk mendapat maklum balas mereka dalam tempoh dua tahun, selain dua tahun lagi untuk percubaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Penggunaan Sistem Penahan Kanak-Kanak di kementeriannya di sini, hari ini.

Beliau berkata, Malaysia sebagai anggota Forum Dunia bagi Pengharmonian Peraturan-Peraturan Kenderaan (WP29), wajib mengadaptasi peraturan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebagai penanda aras tahap kualiti produk automotif yang dipasarkan.

Katanya bermula 1 Januari tahun ini, semua penyedia kenderaan diwajibkan menyediakan kelengkapan dan kemudahan untuk tempat duduk khas bayi dan kanak-kanak atau ISOFIX bagi kenderaan yang dihasilkan selepas tarikh itu.

Beliau berkata, kesedaran tentang keselamatan dalam kalangan ibu bapa perlu ditingkatkan memandangkan statistik 2013 menunjukkan 53 kanak-kanak dan bayi terlibat dalam kemalangan dan daripada jumlah itu, 31 meninggal dunia.

"Pendaftaran kenderaan baharu turut meningkat kepada 1.5 juta setiap tahun dan ini penting untuk memberi kesedaran mengenai tempat khas kanak-kanak untuk dipraktikkan oleh masyarakat kita," katanya.

Ab Aziz juga meminta orang ramai untuk membeli tempat duduk khas yang diiktiraf dan memenuhi standard antarabangsa ditetapkan walaupun harganya dalam lingkungan RM600 hingga RM4,000 sebuah.

"Dengan permulaan kempen ini, saya berharap syarikat tempatan akan dapat menghasilkan tempat duduk kanak-kanak agar dapat dijual dengan harga yang lebih murah kerana kebanyakan tempat duduk kanak-kanak di pasaran adalah diimport," katanya.

Terdahulu, Ab Aziz meninjau kenderaan yang dilengkapi dengan ISOFIX di perkarangan kementerian serta mendengar sesi penerangan berkaitan cara penggunaan tempat duduk kanak-kanak di dalam kenderaan oleh wakil Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (Asean NCAP). - Bernama

Jadi apa tunggu lagi.  Jangan la anak tu dah 2-3 tahun baru nak soh duduk kat carseat tu.  Memang susah la.. kena biasa kan diri mereka seawal mungkin.  Lama2 dia biasa la.  

Ni baru sebulan lebih. test test letak kat carseat.


Time ni dah ok dah... tapi payah betul nak pasang tali pinggang. - 5bulan
Amukan takmo duduk carseat...


Yang ni tak payah suruh... huhu

 Notakaki: Ni dah nak masuk musim perayaan ni, banyak kedai buat sales utk barang baby termasuk la carseat.  Ambil la peluang ni untuk mendapatkan yang terbaik untuk anak2 anda.

No comments:

Post a Comment