Wednesday 17 June 2015

Aktiviti Sorok Seluar

Salam...

Ni cerita lama.  

Tapi ia kekal dalam ingatan

Sebab apa ia kekal??

Sebab saya terpaksa lipat baju semula yang bertimbun2  tu di subuh hari

Ceritanya....

Hari tu husband ada aktiviti larian 'Breakfast 1Malaysia" anjuran MILO.   Untuk yang Milo ni saya dan anak2 tak join.  Semua geng2 office husband je.  Seperti biasa, malam sebelum tu saya tak sediakan siap2 baju untuk larian. Sebabnya husband tahu je nak cari seluar, stokin dan semua yang berkenaan.  T-shirt pulak dah confirm2 guna yang dapat free tu.  

Subuh itu....

Husband: Yang, mana seluar pendek I? 

Saya: Huh ada la dalam almari tu.  Baru je rasa i lipat last week (muka ngantuk2 ayam sebab baru lepas menyusukan Safiyya)

Husband: Tak de..................

Sudahnya, satu almari kami punggah untuk cari seluar tu.  Macam nak menangis pun ada sebab tak jumpa.  Rasa menyesal pulak tak sediakan malam tadi.  Atleast banyak masa untuk cari.  

Dari bilik depan sampai ke bilik belakang kami cari.  Kat ampaian (dalam rumah) pun kami cari.  

TAK DE

Last2 husband terpaksa pakai seluar lama.  dah muncung je muka dia.... huhu

Mujur pagi tu dua orang budak kecik ni masih tido nyenyak.  

Saya pun mulakan aktiviti melipat baju yang bertimbun itu dan susun dalam almari balik. 

owhhh tekanannya

Selang beberapa hari


Saya jumpa dalam kotak Lego Danial.... selain seluar papa dia, t-shirt dia pun ada skali... 

Apakah motifnya??? masih misteri

Polis sila tangkap Danial... 

-_____-

Notakaki: Lenkali, sediakan barang2 keperluan esok pada malam sebelum masuk tido... Jangan main anggap2 je.. buruk padahnya...

No comments:

Post a Comment