Thursday, 21 January 2016
Danial: Mama.... nak bawak bekal pegi sekolah boleh tak??
Monday, 18 January 2016
Persediaan Sebelum Berpantang...
Suami duduk sebelah sambil merangkul bahu isteri yang sedang memangku bayi yang sedang tido..
Anak tido elok je kat sebelah dan si ibu duduk berehat sambil berparam pilis sume...
Muka jernih je si ibu bila suami membantu dalam mengurus kan hal rumah tangga...
Malam2 tido lena dan bila baby terbangun dan menangis, bapaknya yang suka rela bangun untuk menenangkan baby tanpa mengganggu isteri yang sedang beradu..
Dan banyak lagi la kisah2 fairy tales dalam tv tu...owhhh gitewwww
Jadi apa kesimpulan entry ni... Macam mana nak berpantang dengan happy??
Antara yang boleh dilakukan ialah,
- Cari la seseorang yang boleh diajak berbual... kalau ada mak lagi, sila la call dia hari2... (kalau mak tinggal asing laa).
- Bagi yang tiada mak tu, cari la kawan yang boleh kita meluah rasa. Jangan pendam sorang2.
- Mama saya selalu pesan, waktu berpantang tu badan kita lemah. Jadi zikir la apa yg kita tahu or hafal. Ayat qursi dan surah2 pendek tu sila lah baca.
- Jangan beratkan fikiran untuk menyapu sampah, kemas rumah, basuh baju, buang sampah, kemas dapur tu sume... mintak je tolong kat suami. Tapi kalau suami pun tak terbuat sebab kena handle anak2 yang lain, hire la part time maid tu... mintak datang seminggu sekali...
- Kalau nak mudah lagi, upah la penjaga pantang... make sure anda sume survey dulu ye...
Owh yaaa... untuk berpantang kali ni saya gunakan sepenuhnya set penjagaaan NR. tak sabar nak rasa guna NR sepenuhnya... Review dari geng2 NR ni macam dashyat je... apa pun istiqamah tu yang penting.. sebagus mana pun produk tu, kalau kita tak guna dengan betul dan mengikut aturan, tak menjadi jugak... so rugi la duit yang dilaburkan iteww... bukan murah tau.... ni pun ada lagi yang tak habis beli... huhu...
Notakaki: masih menunggu tarikh bersalin... mintak2 la lepas CNY atau sebelum tu...
'On That Day' kat Facebook menyentap pagiku...
Salam...
Ini cerita pagi tadi...
Kan kat facebook sekarang ni setiap hari dia akan imbas balik gambar apa yang kita pernah upload, status yang penah kita update, dengan sape kita friend pada tarikh tu ... alaaa macam "Hari Ini Dalam Sejarah"
Pagi2 tadi saya pun belek kejap facebook kat hp... dan keluarlaa gambar yang pernah di upload 5 - 6 tahun dulu pada tarikh hari ini...
Cerita dia bukan pasal gambar tu...
Tapi bila saya tekan "See More", facebook akan senaraikan segala aktiviti saya pada tarikh tersebut dalam tahun2 yang berbeza...
Dan ternampak la ada sorang ni yang tulis di wall saya..
Mula2 rasa nak tergelak... tapi tiba2 rasa satu macam pulak...
Ye laaa... orang mudah benar menilai kita dari cara kita berpakaian...
Dia tak tanya pun kita ada event apa ke, keje apa ke... terus terjah je
Padahal waktu tu adalah ketika saya mengendalikan satu event tempat kerja lama... dan memang dah rutin setiap tahun boss saya ni suka bertema... jadi sebagai staff, saya kena patuh pada tema tersebut... tapi tak dinafikan laa mmg over sikit baju nya... apa nak buat... muda belia... haha...
eh eh.. tak payah la uollss nak cari gambar2 tu... berzaman2 dah delete... bila dah tekad untuk berubah, semua gambar2 yang kurang sesuai untuk tatapan umum sume dah remove.
Notakaki: Maaf la hormon sentap menjadi2 pulak dihujung trimester nih.
Thursday, 14 January 2016
Babak akhir ubah dan suai rumah baru
kan ari dah janji nak tunjuk dapur kan kan
Ni la dia proses memasang dapur yang dah pun berakhir semalam...
Bila dah pasang cabinet, baru la boleh kemas barang2 dalam kotak.
Ni nak cari sudu,
Nak cari pinggan,
Rasa macam nak bergaduh...
Padahal dah label semua kotak dan plastik hitam.. tapi masih tak jumpa... haihhh ajaib betul. Bukan apa, bila dah banyak2 kotak macam tu, mmg mencabar minda jugak laa....
Tapi bila dah siap, tiba2 area wet kitchen tu jadi gelap... huhu... Masa xde cabinet nampak la luas sikit, tapi bila dah pasang, kalau nak berselisih tu, 'sila bagi laluan'.... hehe.. Mujur kami pilih color putih.
Menurut pakar, putih ni color sepanjang zaman... Tak kira anda berada abad keberapa, ia tetap relevan untuk pilihan perabut...
Kalau pilih color oren ke, merah hitam ke, lagi la nak pitam dibuatnya...
Tukang yang datang pasang tu offer kalau nak tambah lampu kat cabinet tu diorang charge RM300... Oleh kerana, budget dah agak lintang pukang, husband cakap "nanti dulu laa.." dan sebagai isteri solehah, saya setuju aje... :p
Ini lah hasilnya...
![]() |
view dari pintu ke wet kitchen... |
![]() |
pintu hujung tu ke dry kitchen... |
Itu bab dapur...
Masa tempah kitchen cabinet, ada promotion PWP camtu... tambah duit sikit dapat TV cabinet... so dah alang2 menyeluk pekasam, husband pun setuju aje...
Nin dia....
![]() |
Nampak kecik pulak tv titewww |
Kerja memasang kedua2 benda ni habis pukul 9.00 malam.. lebih kurang laaa... letih tengok rumah berhabuk balik walau tak seteruk hari tu... Lepas tu baru la boleh makan, baru la boleh kemas2 apa yang patut...
Rasanya hari minggu ni akan diperuntukkan untuk mengemas segala barang untuk di simpan dalam kitchen cabinet itewww...
Notakaki: Selesai sementara bab rumah.... perabot2 lain tu pakai apa yang ada dulu... amik masa la nak penuh satu rumah... so bersyukur dengan apa yang ada...
Wednesday, 13 January 2016
Jom ubah dan suai rumah baru
![]() |
wet kitchen |
![]() |
dari luar (tepi rumah) |
Tinted pastu Grill pulak
![]() |
Untuk tingkap dapur sahaja guna tinted jenis ni... |
Bila dah pindah, ini la rupanya...
Tanam rumput siap2..
Cat mengecat bilik baru nak start....
![]() |
2nd bedroom |
![]() |
Danial pilih sendiri langsir dia... |
![]() |
Mainan yang belum bersusun... |
![]() |
1st bedroom |
![]() |
masterbedroom![]() |
Dan ni pulak ruang tamu...
Untuk kitchen cabinet tu saya sambung dalam entry lain ek... dah panjang sangat ni...
Notakaki: rumah masih bergaung...
Daily Log Book, Cara komunikasi terbaik Cikgu dan Ibu bapa
Sambungan dari entry AWRA Child Care Centre, hari ni saya nak cerita sikit tentang penggunaan Daily Log Book oleh taska tersebut.
Menurut AWRA, ibu bapa diwajibkan membeli buku tersebut (disediakan oleh pihak taska) di mana ia merupakan kaedah interaksi yang amat berkesan di antara ibu bapa dan pihak AWRA. Log harian ini perlu dikemaskini setiap hari oleh ibu bapa dan juga pihak AWRA. So kalau demam ke, jatuh ke sila la declare kat buku tersebut. Kalau ada lebam atau luka2 sila tanda kat rajah yang disediakan.
- Perkembangan fizikal
- Perkembangan Sahsiah, sosioemosi dan kerohanian
- Perkembangan Deria dan pemahaman dunia persekitaran
- Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal
- Perkembangan Awal matematik dan pemikiran logik
- Perkembangan Kreativiti dan Estetika
Friday, 8 January 2016
Nona Roguy bukan hanya untuk wanita berpantang
Kenapa?? sebab kita kan setiap bulan datang haid dan haid tu datang dari mana?? kan dari rahim kita... jadi kesihatan rahim akan terpelihara seawal mungkin...
Kalau nak menurunkan berat badan, bagi saya takde produk yang boleh buat magic 3hari consume dah kurus. Itu sangat merepek. Semuanya makan masa dan perlu istiqamah. Selain jaga makan dan ambil pemakanan herba, sebagai wanita perlu la aktif atau kata yang lebih mudah ialah bersenam. Tak perlu senaman yang terlalu spesifik, tetapi melakukan kerja rumah juga dah boleh membakar kalori...
Apa senarai produk yang boleh kurus tu??
Sila dapatkan khidmat nasihat dari wakil jualan mereka... ini kerana setiap orang tak sama keperluannya.. Lagi pulak bagi mereka yang ada penyakit berkaitan organ kewanitaan... sila pastikan apa yang boleh dimakan dan apa yang tak boleh.
Saya sendiri tak sabar nak berpantang guna produk NR nih. harap2 dapat la hasil yang diidamkan.. Kita orang perempuan ni, jangan fokus nak kurus je lepas bersalin. Yang lebih penting kestabilan emosi dan kesihatan perlu diutamakan. Bila dah stabil baru la mudah badan nak turun. Lagi satu jangan fikir nak "rapat" je... huhu.. apa yang penting kesihatan dalaman wanita dipulihkan terlebih dahulu...
Kenapa pilih Tadika ABS Bandar Saujana Putra
Anak baru masuk tadika, mak dah kelam kabut. huhu... belum lagi masuk sekolah kebangsaan...
Bercerita tentang anak masuk sekolah ni, ramai je yang up status masing2 kat facebook gambar anak2 1st day at school...
Ok berbalik kepada tajuk asal...
Kenapa ye saya pilih sekolah ni berbanding sekolah lain??
Meh saya cerita sikit
sumber: TADIKA ABS BSP
Selain itu, kalau nak pilih sekolah yang bersesuaian kena la tahu apa yang sesuai dengan anak kita. Kalau nak fully english, cari la sekolah yang base dia english jgk.. kalau mahu 100% pelajaran Al-Quran, ada je sekolah yang offer konsep macam tu. Kalau nak anak kita seimbang dunia akhirat pun banyak juga sekolah yang berkonsepkan macam tu. Kalau nak sekolah ala2 international pun boleh... Jadi pilih la sendiri...
![]() |
moncong je... |
![]() |
Ni bila suruh senyum... |