Tuesday, 5 January 2016

Cerita Pindah Rumah Baru

Salam...

Siapa suka pindah rumah??
Semua orang suka pindah.  Ada yang suka sebab nak masuk rumah baru, nak tinggal tempat baru, nak beli perabot baru :P...

Tapi dalam banyak2 suka tu, nak pack barang2 tu yang azabnya.  Lagi dashyat ialah nak unpack semula.  woihhhh satu keje keras yang tiada tandingannya.


Ni hari pertama pindah kat rumah baru... letih tengok keadaan  yang bersepah itewww










Pada hari tu jugak ada orang datang nak tanam rumput... aikkk macam mana saya tak tau apa2 nih.. terus tanya husband... dia lupa bagitahu saya.. mula2 xnak buat lagi yang rumput2 tu semua tapi orang tu dah hari2 dok tanya bila husband datang tengok rumah.  Puas jugak tawar menawar... akhirnya dapat murah.  so baru setuju...

Proses tanam rumput... 






Tak sabar nak tunggu rumput ni sekata... 


2 hari selepas itu, baru siap cat bilik anak2....


Bilik Danial... 

Bilik Safiyya

Dan bilik kami juga... 



Itu baru sikit... bab remeh temeh yang lain macam nak pindah astro dan unify pun kena la di ambil kira... Kenapa saya kata camtu, sebab ada je yang lupa nak tukar alamat, nak maklum pada astro contohnya... semua ni kena pastikan dah setle sekurang2nya seminggu sebelum pindah... Untuk pelanggan astro tu, korang tak yah susah2 panjat bumbung sume... sila call customer service astro untuk dapatkan perkhidmatan pindah astro dan menariknya ia adalah percuma... so tak perlu bayar pada kontraktor luar... Tapi tahu je laa kan nak call CS astro tu memang payah sebab line diorang memang sentiasa sibuk.  Apa yang saya buat ialah, gunakan Facebook.  Bukan main serang2 kat wall or comment tu tau.. so unprofesional.  Saya try PM Facebook astro dan tak sangka, responnya sangat cepat dan lebih berkesan dari kita dok tunggu CS dapat jawab call kita.



Pada hari yang sama jugak, orang TM pun datang untuk pasang unify kitorang.  Sama jgk macam astro, sila maklumkan kepada mereka tarikh dan alamat untuk pemasangan tersebut.  



Sekian untuk cerita di awal2 pindah rumah ni... Memang penat dan Memang pening... huhu

Notakaki: Dapur masih tak bersusun... kitchen cabinet tak pasang lagi... huhu... 

2 comments:

  1. iya.. memang ribet banget kalau sudah pindah rumah, semua mau disusun ulang..
    saya tidak suka pindah rumah gan

    ReplyDelete
  2. rumah baru yogyakarta
    http://inforumahbaruku.blogspot.co.id/2016/12/rumah-baru-yogyakarta-trisno-prop.html

    ReplyDelete