Friday 3 June 2016

Review : Perkhidmatan Penjaga Ibu Berpantang oleh Natalis Beauty Consultant

Salam...

Bagi yang ternanti review saya tentang servis Natalis, nin diaaa saya nak cerita...



Keseluruhan servis dari CL  yang saya dapat tu memang OK.   Bab2 kerja rumah semua saya tak perlu risau sebab dia akan bereskan.  Keje saya ialah mandi, makan, tido, rehat, jaga baby, main hp... hehe...

Dan sediakan diri untuk diurut, ditungku diparam, dipilis, disauna, ditangas dan juga dipakaikan bengkung

Pendek kata, apa yang Natalis offer dalam servis tu semua dilakukan dengan baik oleh CL. - EXCELLENT!!

Bagi saya, ibu2 yang totally berpantang sendiri iaitu tanpa pembantu SANGAT SANGAT sesuai amik servis dari Natalis ni.  Macam saya cakap tadi laa, kita tak perlu langgar pantang semata nak menyapu rumah di awal tempoh berpantang tu.

Cuma saya rasa Natalis perlu dari masa ke semasa menyediakan khusus intensif untuk semua CL dia mengenai hal perbidanan melayu yang penuh pantang larangnya... cara urutan, ilmu2 kewanitaan, tips2 atau petua yang boleh diamalkan oleh wanita berpantang bagi mengembalikan 'keremajaan' mereka.  Jadi setiap CL yang datang tu penuh ilmu didada tentang ilmu2 hal ehwal orang perempuan nih.

Tentang CL saya tu, cara dia mengurut boleh kata best jugak laa... tapi kalau suruh bagi markah, saya bagi 3 bintang.  macam mana nak cakap ek.. macam rasa tak puas.  Tak tahu nak cakap macam mana...  mungkin juga kerana saya bersalin c-sect... jadi CL tu tak berani nak ganas sebab luka kat perut bukannya baik lagi.  Saya pernah terbaca komen seorang bidan mengurut yang mengatakan tahap urutan ibu bersalin mesti berbeza2 dari awal berpantang hinggalah penutup pantang. Ini kerana keadaan dalaman ibu bersalin yang masih rapuh di awal bersalin... Kalau terus urut kuat2 kang terkejut urat tu. 

Menyentuh bab ilmu pulak, saya sangat berharap CLyang datang tu dapat memberikan panduan atau tips atau apa sahaja rahsia untuk ibu berpantang untuk kembali pulih seperti sedia kala... macam saya pernah berurut dengan bidan kampung masa anak pertama dan kedua dulu, banyak soalan/masalah saya yang 'sulit2' tu dia ada jawapan dan petuanya... 

Orang perempuan ni, lepas bersalin target dia yang utama ialah nak KURUS.  kalau tak kurus2 atau perut tak kempis2 boleh jadi masalah donia.. lepas tu baru laa nak 'rapat' laa nak kecut laa, nak banyak susu laa dan macam2 lagi...  yang diorang tak nak ambil tahu ialah perkara yang paling penting ketika berpantang iaitu rehat, relax, sihat, lawas, makan makanan yang betul, dan juga mengamalkan ubatan herba yang bersesuaian... Jadi tugas CL ni lebih kurang macam motivator laa supaya si ibu tak stress, tak pun demam bentan dan lagi teruk boleh sebabkan meroyan kalau apa yang dihajati tak menjadi2... 

secara kesimpulannya, servis Natalis SANGAT OK... CL pun sangat fit untuk melakukan tugas mereka.. cuma pendekatan yang saya nak tu dia takde... itu je... Natalis memang kena upgrade sikit CL2 mereka supaya yang datang tu ala2 penjual jamu tu... huhu...

korang paham tak luahan hati nurani i ni??? hehe... kalau tak paham, boleh komen kat bawah or email je... tak pun whatsapp terus. 

Notakaki:  #sayyestopantang

3 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Aslm. Akk ingt x CL mane satu yg akk dpt tu? Saye pun ingt nk amek Natalis utk urut pantang nti utk 14/21 hari stay in. InshaAllah lepas baby selamat lahir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam... bila edd nya? Masa ambil servis Natalis tu saya dapat CL nama Epi. Umur dia 36 camtu... orang indonesia.

      Delete