Wednesday 18 October 2017

Planner 2018 by Salaam Paperie

Salam...

Tahun 2018 lagi 2 bulan lebih je dan seperti biasa hati tak keruan kalau tak dapat planner baru.  Kenapa ntah perangai macam ni.  Tapi saya memang planner addict cuma tak kreatif sangat laa macam ada sesetengah orang tu, planner dia dah macam scrapbook.  Penuh sticker comel2, label, dan life journal yang wowww... Diorang lukis sendiri tau.  Jealous kami tengok.

Maka bermula misi Planner Hunt yang sangat best!!!


Ada 2 pilihan.  Saya team purple
Setelah difikir2 tahun 2018 saya memilih planner dari Salaam Paperie seperti dalam gambar di atas.    Saje nak dapat feel baru. huhu.

Kalau dulu2 saya hanya bergantung kepada planner yang kementerian bagi free tu.  huhu.   So dapat la semua orang planner yang sama konsepnya.  Nak beli planner cantik2 semuanya shipping dari oversea yang harga jadi tripple mahalnya.  Jadi cuci mata je laa. 

Tapi sejak dua menjak ni ramai pulak yang jual planner sama cantik macam yang saya nak tu.  Apa nak tunggu lagi.  Terus Add to Cart je laa. hehe.

Ok berbalik kepada 2018 Muslimah Life Planner saya tu, ia agak berbeza dari yang saya beli sebelum ni.  Ini beza dia;


Nampak tak?  Kalau nak lebih jelas ni saya letak comparison


Catatan harian dimuatkan secara mingguan dalam satu mukasurat.  Planner jenis ni sangat sesuai bagi mereka yang suka buat mind map tu.  Buat ringkasan je.  Berbeza dengan planner sebelum ni (kanan), saya boleh mengarang cerita untuk setiap hari bulan tu.


Selain tu, setiap bulan ada monthly checklist nya sendiri dan disusun dalam setiap monthly section.


Kiri: Monthly Focus
Kanan: Money Matters

Dan ini pulak weekly checklist yang disusun dalam selari cacatan mingguan (kiri).  Yang kanan tu checklist planner 2017 saya.  ada Fitness checklist lagi.  Catatan berat badan tu sampai September je sebab berat makin naik.  haha terus sentap.


Meh saya zoom sikit weekly checklist ni


Kiri: Tugasan Mingguan
Kanan: Ibadah Checklist.  Sangat bagus dan boleh track solat kita hari2.  Mana la tahu ada yang kena qada solat ke.  Semua ada tercatat kat situ.

Best kan!!

Dan ini antara yang ada dalam LifePlanner Salaam Paperie ni
Self reflection

Financial and Personal Goal
Hopes and Dreams
Lessons from last year
Right way to cover aurah

2018 Muslimah Life Planner dari Salaam Paperie ni banyak memudahkan kita untuk menjadikan sesuatu matlamat itu lebih realistik.  Ini kerana setiap checklist tu membantu kita untuk menulis impian yang lebih detail.  Dah la weekly plan tu lengkap dengan task for the week, lepas tu ada ruangan appointment minggu tu.  kalau nak terlupa pun susah.  Lain laa planner tu cantik tak terusik sampai hujung tahun. huhu.  Jangan camtu tau. rugi je beli.  Bila kita manfaat kan planner sebaik mungkin, baru la tau selama ni banyak masa terbazir begitu sahaja dan belajar la untuk memperbaikinya.  haa lepas tu sila buat yearly review. baru hang tau. hehe.

Ok itu semua yang best2.  Setelah dibelek2 planner ni ada 2 perkara je yang ciri2 planner yang saya nak tapi takde kat planner ni iaitu

Monthly Tag

January February March April dan seterusnya...
Benda ni penting kerana memudahkan saya untuk mencari muka surat pertama bagi bulan yang dikehendaki.  Tapi ia tak la mengganggu sangat sebab kita boleh gunakan kreativiti kita menghias planner tu dengan label atau sticker yang comel2.

Nak Kertas Tebal Sikit

Kalau boleh untuk 2019 nanti guna la kertas yang tebal sikit je dari sekarang.  sebab nak bukak setiap helaian tu kena berhati2 sebab takut terkoyak kat area ring tu.

Secara keseluruhan, kalau anda rasa cukup kreatif atau nak belajar untuk menjadi kreatif, Planner Salaam Paperie ni sangat sesuai dan saya saya sangat sukakan nyaaa. yehaaaa.

Ok itu je. Saya bagi 4.5 bintang.☆☆☆☆

RM 59 termasuk postage akan dapat semua ni... Planner 2018, Sticker & Note pad
Best kan.  Tak sabar nak menyonteng dan berangan. hehe





Notakaki: Happy Planning

2 comments:

  1. canteknya palnner ni..kna cari satu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup memang cantik. dah nak masuk bulan nov ni... memang patut sangat kalau nak beli planner. :)

      Delete