Friday 6 July 2012

Menyusu dan Ramadan

 “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.

Salam... kali ni saya nak selit tentang journey penyusuan saya.  Alhamdulillah sehingga kini saya masih bertahan untuk terus menyusukan Danial walaupun kadang2 rasa nak give up je... Bagi sesiapa yang pertama kali mesti akan merasa betapa sakitnya p***** kesan hisapan baby.  Ada orang kata, sakit tu sbb salah cara hisap. Ntah laa. rasanye dah betul dah.. tapi sbb ini merupakan kali pertama, saya agak kekok (tapi sekarang tidak lagi).  Sejak Danial dah tumbuh gigi ni, kerisauan muncul kembali... tapi dia tak gigit.. KECUALI kalau dia tak nak or tak lapar, tapi kita sua jgk, dia akan gigit2 manja. dan bila mama dia jerit, dia ketawa mengekek.  tak kelakar tau sayang.. :)
Ok... berbalik pada tajuk kali ini mengenai menyusu di bulan puasa.  dari awal saya mmg agak risau. salah satu sbb saya bukan lah penyimpan EBM mcm ibu2 yang lain. Semua yang hantar rumah pengasuh adalah stok2 baru.  Saya masih berharap saya mampu mengumpul stok. bukan kata susu sikit, tapi atas sebab disiplin pump susu tu sendiri dan saya tak mulakan dari awal. Buat pengetahuan semua, saya mmg ada mengambil supplement seperti yang hot sekarang Shaklee. tetapi disiplin dalam mengepam susu juga penting ye. :P
Kat sini saya nak share sikit apa yang saya dapat dari DuniaSusuIbu
  1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah.  YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
  2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
  3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
  4. Fokus pada KUALITI bukan KUANTITI.
  5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
  6. Makan banyak kurma.
  7. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
  8. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
  9. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
  11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
  12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
  13. Pam susu sebelum sahur.
  14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
  15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
  16. Ambil milk booster jika perlu.
  17. Elakkan terlalu penat.
  18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
  19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.

Saya nak pergi... tapi ada hal pulak.. :(

2 comments: