Salam… setiap ibu bapa mesti nak lakukan or berikan yang
terbaik untuk anak mereka. Takde sape
pun yang suka tgk anak dia comot2, selekeh2, sakit2… sume nak anak dia sihat,
bijak, comel, cerdik.. kan kan. Semua ni kena la dengan usaha dan bukan boleh
datang bergolek mcm tu je. Mungkin bila
dah ada anak ni, perasaan menjadi lebih sensitive n lebih peka pada anak saya
yang sorang ni. Contohnya dalam
pemberian susu badan. Sejak mengandung
lagi, saya mmg dah berniat akan menyusukan anak saya selama mana yang boleh dan
kalau diizinkan sampai umur dia 2 tahun.
Macam saya cerita dalam entri yang lepas, saya ni bukanlah penyimpan
mohor besar..ehh penyimpan stok EBM yang terhandal. Walaupun saya ada makan supplement, tapi jadual pam susu saya tak
pernah saya ikut. Satu sebabnya situasi
kerja. Saya bukanlah 9 – 6 akan berada
di ofis kerana faktor kerja memerlukan saya melakukan kerja luar. (cehh alasan baik sgt…) hmmm tapi bila fikir
balik, saya sepatutnya kena ganti masa mengepam tu kalau dah tertinggal.. :(
Hampir 9 bulan saya cuba bertahan memberi susu badan secara
eksklusif pada Danial. Tapi sejak2
akhir2 ni stok susu semakin kurang dan kadang tak cukup ketika di rumah
pengasuh. Kesian Danial… dah kena minum
air masak je. Last2 saya buat keputusan
utk mencampur susu formula bagi menampung keperluan susu Danial yang makin kuat
minum tu. Tapi dalam masa yang sama
saya berazam untuk mengumpul stok EBM kembali bagi keperluan akan datang.
Note: Perlukah saya membeli Medela Freestyle bagi menggantikan
Medela Mini Elektrik agar lebih rancak pengeluaran?? Shaklee pun dah abis ni…
haiiihh boleh dapat duit raya lagi tak??
![]() |
Medela Freestyle |
No comments:
Post a Comment