Salam...
Bila kita sengaja menakutkan anak dengan tujuan menghalangnya masuk ke bilik bersendirian atau pegi ke dapur, mungkin kita anggap ia nya hanya perkara remeh. Kerana perasaan takutkan sesuatu akan terbentuk dalam jiwa kanak2 secara tak sengaja. Pada awalnya saya fikir anak saya seorang yang tidak mudah takut. Contohnya apabila saya menutup lampu dan membiarkan dia dalam bilik berseorangan, Danial akan keluar sendiri dari bilik itu tanpa menangis atau menjerit. Bila dah makin besar ni, rupanya dia mudah takut kalau melihat rupa yang pelik2 bila tengok tv. Sampaikan iklan celcom yang ada zombie tu pun dia takut dan akan menyorok belakang saya. Nak dijadikan cerita masa kami berkunjung ke rumah mak sedara (kakak mak saya), ramai la cousin2 dia yang majoritinya dah besar dan diorang main hantu2 sambil pakai topeng (ala2 cerita scary movie tu). Bila ada yang cuba mengusik Danial dengan topeng tu, dia menangis bukan main lagi... takut sangat2 la tu...
Di pendekan cerita, malam tu anak saya terjaga pukul 3 pagi dan menangis tak berhenti. Nangis sambil jerit2.. haihhhh jenuh jugak nak memujuk dia.. Husband saya ingat dia tak sihat (hidung tersumbat sebab selesema) tapi sebagai ibu naluri saya tak rasa macam tu sebabnya anak saya ni kalau tak sihat, dia akan jadi budak baik dan sangat la mudah nak mengurusnya. jarang la dia terbangun sebab tak sihat sambil nangis2. ni memang lain macam.
Pagi tu saya terus bagitau opah dia yang kebetulan ada di rumah saya.. Mak saya pun cakap dia teringat kat topeng tu. haaa kan betul tekaan saya. sudahnya anak saya demam sepanas panasnya badan dia. So pengajarannya jangan la takut2 kan budak dengan benda yang bukan2.
betul tu dear, jangan takutkan budak dengan benda yang bukan2...
ReplyDelete