Salam...
Selamat Hari Ibu... Dalam orang dok sibuk sambut hari ibu, saya pun sibuk2 jugak buat entri ni. Walaupun terlambat sikit tapi berjaya juga untuk di 'publish' kan. Bila bercerita tentang hal ibu saya atau seseorang yang saya panggil mama, apa yang saya boleh ingat dari kecik sampai la dah kahwin ni, mama saya seorang yang garang serta hati kering. huhu... Cuma la ni tak la garang macam saya dolu dolu. ye laa mungkin faktor usia dan kami semua pun dah besor besor.
Bila saya cakap pasal garang ni, mama saya memang tak penah kasi muka punya. Hanger tu siap la hinggap kat kaki kalau buat hal. Bergaduh ke, buat sepah ke dan segala aktiviti yang kurang menyenangkan. Seingat saya, saya memang tak rapat langsung dengan mama. Maksud saya macam nak bercerita masalah ke, nak sembang2 masalah peribadi ke, luahan perasaan ke. Memang tak de laa. Hubungan kami semakin menjauh walaupun sebumbung. Berbeza hubungan mama dengan adik perempuan saya. Diorang boleh bersembang, boleh bergaduh, boleh bermanja2 dan tarik2 muka. Mungkin muka seiras kot yang buat diorang sentiasa 'Panas' .
Masa kecik2 dulu, (waktu tu kami baru 3 beradik - 2lelaki 1perempuan) saya fikir mama hanya sayang kat anak lelaki. Kalau ada perbalahan je, adik saya sentiasa menang. mungkin sebab dia adik kot tapi dia tu lelaki, kalau dia buli saya, sakit tau. Umur kami beza 3 tahun dan dengan badan dia yang besor itu, saya ni senang2 je dia kenakan. haihh nasib nasib. Bila adik yang bongsu (perempuan) lahir, saya punya la syok sebab dah ada geng. Tapi nampaknya mama memang menumpu sepenuh perhatian kat dia. dia la yang paling comel (kononnya... ) ADEK tolong jangan perasan ye. haha. dan ini buat saya berjauh hati dan terus bawa diri. Maksud saya tu, buat hal sendiri laa... (bukan lari rumah tau).
Bila dah masuk alam remaja, saya lebih rapat dengan kawan berbanding keluarga. Boleh katakan ilmu akil baligh ni saya dapat dari kawan. ish ish pasal period laa... datang bulan tu. Macam mana nak pakai pad, nak pakai berapa lapis, bila kena tukar, bila period selalu datang, macam mana nak kira kitaran haid, semua kawan yang bagitahu. Mama memang tak pernah bercerita tentang hal ni.. ntahlaa.. cuma mama tolong beli pad je. Kesian kan.. Sampai bila patut pakai bra pun kawan yang advise...
Start dari form 4 saya dah masuk asrama... waktu ni, baru saya rasa macam rindu kat mama. Tapi tak kuat sangat laa... Cuti hujung minggu kalau balik taiping, saya dengan mama masih KAKU. tak reti nak sembang apa. Cuma yang saya ingat bila saya dah habis SPM dan saya betul2 keluar dari negeri Perak tu... (belajar kat Johor) baru saya rasa hubungan kami ada perubahan. Saya kerap telefon mama (guna public phone)... waktu tu tahun 1998 dan mana ada handphone lagi.. kalau ada pun orang kaya je. Mama pun waktu tu dah boleh la bersembang lebih sikit walaupun dalam phone sebab bila berjumpa, masih kekok nak bersembang. pelik pelik. Dengan adek, bukan main lagi diorang tuh. Sampaikan kalau ada apa2 yang mama nak cakap hal saya, dia akan sampaikan melalui adek. Padahal bukan tak boleh bagitau terus.
Hmm tu la serba sedikit halnya tentang mama saya. Saya tak pernah tengok dia menangis, saya tak pernah rasa dia pujuk saya, Saya tak pernah dengar dia luahkan apa2 kat saya. Tapi ni semua cerita dulu... Sejak saya saya dah berkeluarga, hubungan kami dah semakin rapat. Mama banyak bagi nasihat, kitorang boleh duduk bersembang, dan kalau teringin nak makan apa, saya tak segan2 nak request dan insya Allah mama akan masakan walaupun dia bukannya sihat sangat. Lagi laa saya tengah mengandung skang ni. Hikmah disebalik semua ni ialah, saya jadi seorang yang patuh arahan dia. Susah saya nak melawan. Walaupun dulu saya selalu jauh hati, tapi sekarang ni sekelumit dendam pun takde. Malah bertambah sayang tu lagi ada. Saya tetap bersyukur saya masih ada mama yang boleh doakan saya. yang pernah ajar saya solat dan sangat menitik beratkan hal solat walaupun saya dah kahwin.. itu laa nasihat yang tak pernah dia lupa kalau jumpa atau phone call. "Ayu, jangan tinggal solat" dan yang paling saya ingat, mama tak pernah pulak berleter sebab saya tak kahwin2... (saya kan kahwin lambat). Orang lain pulak lebih susah hati sampai nak bawak saya pergi mandi bunga. dan yang paling buat saya sayang ialah, bila dah kahwin mama tak pulak sibuk tanya dah lekat ke belum. Tapi orang lain pulak yang "ambil berat" terlebih. Apapun saya tetap bersyukur sebab diberi peluang untuk bergelar mama juga.
Lain2 perkara pasal mama, hmmm mama sangat takut pada ulat2, or serangga yang terbang. kucing dan boleh kata semua binatang laa... oleh sebab itu lah, kami adik beradik tak pernah bela binatang masa kecik dulu... Tapi dah degil kan, ada juga anak kucing yang kami seludup bawak masuk rumah... sampaila suatu masa tu, mama dah surrender dan tak marah lagi.. so kami pun bela la kucing2 tu. selain kucing sendiri ada 2 ekor, ada jugak kucing jiran2 yang suka masuk rumah. nak tumpang makan ler teww... dan yang paling tak bestnya, dia suka benor lepak n tido atas katil mama. amboii berani dia ye.. nak dijadikan cerita, kucing tu pegi berak atas katil. Punya la cemas saya dan adek (farah). Lagi 1/2 jam mama nak sampai rumah (balik keje). Dengan begegasnya kami pun cuci comforter tu bagi menghilangkan rupa, bau serta rasa... ehhh...
Bila mama sampai je rumah, mama nampak comforter tu sidai kat pagar. Saya pun terus cover line cakap tadi minum milo kat katil pastu tertumpah.... tu yang basuh tu. Mama diam je n terus masuk bilik.. Lepas tu mama cakap. "Betul ke milo tumpah ni... (kami dah berpeluh sejuk)... Kalau milo tumpah buat apa sembur perfume segala bagai... ke kucing berak?"
GULPPPPPP....
Apapun keadaannya saya tahu mama saya seorang yang sangat tabah. Dulu saya fikir mama jenis yang tak amik hati (hati kering). Sebab tu dia garang kerana tak mahu tunjuk jiwanya yang sebenarnya lembut dan penuh kasih sayang. Semuanya dia simpan dan tak tunjuk pada kami (saya). Tapi bila dah berusia ni, baru la dia bercerita sikit2 tentang hal2 lama. Rupanya banyak jugak mama makan hati cuma dipendamkan sahaja. Hmmm sedih pulak memikirkannya. Saya cuma mampu berdoa semoga mama terus2 diberi rahmat oleh Allah SWT dan dalam usianya yang dah menjangkau hampir 63tahun ni mama akan sentiasa sihat tanpa sebarang masalah kesihatan yang serius.
Love u mama.... love u so much. muahmuah.
Masa nak menunaikan Haji ke Mekah... 2007 |
Saat2 diijabkabulkan... 2010 |
Antara yang latest... Kuew tiaw Doli Taiping |
Konvo UUM 2005 |
No comments:
Post a Comment