Thursday, 13 November 2014

Aqiqah untuk Safiyya

Salam,

Pada 25 October 2014 bersamaan 1 Muharram 1436H yang lalu selesai sudah majlis aqiqah untuk Safiyya.  Alhamdulillah.  Memang majlis ni saya rancang untuk buat awal sementara saya masih cuti bersalin.  Nanti tak payah pening nak plan cuti bila dah start keje.  Kebetulan tarikh tu dekat sangat dengan birthday abang dia Danial 26 October so majlis Aqiqah Safiyya Iman + Birthday Party Aariz Danial berjalan serentak.  

Entri ni saya cerita bab aqiqah dulu...

Untuk Aqiqah kali ni kami suami isteri sepakat nak buat kat Taiping (my hometown) sebab Danial dulu dah buat kat SP.  So kasi chance kat Atok and Opah organize lak.  Lagipun kami lama dah tak buat kenduri.  Segala urusan kenduri kendara saya serah kat abah n mama.  Dari cari kambing, cari caterer, edar kad sampai la order nasi lemak untuk pagi kenduri tu dan termasukla door gift untuk para tetamu.  

Ni la ropa kambing yang dipilih oleh abah a.k.a Atok....
Membuat akikah untuk anak yang baru lahir ni sebenarnya sunat yang dituntut.  Ia adalah sebagai tanda syukur kita kepada Allah kerana dikurniakan cahaya mata.  Selain tu seperti yang mama saya cakap, anak yang kita dah buat akikah ni tak mudah jatuh sakit.... Wallahualam... Apapun sakit demam yang jadi kat anak tu kita kena redha la dengan ketentuanNya... Akikah ni juga seeloknya di buat sebelum anak akil baligh. Kalau dah tua bangka, baik buat korban je.. dah liat pun.. huhu... Sebabnya ada jugak orang yang masa dia kawin tu la mak bapak dia buatkan akikah untuk dia..

Masa kenduri tu, saya 'paksa' Safiyya pakai baju kurung... haha paksa la pulak.. Mula2 tu nak beli gown kembang2 tu. Tapi rasa mcm dia kecik lagi dan rugi je beli yang ropol2 tu.  Sebab yang cantik2 tu harganya boleh tahan jugak.  Jadi saya pun last minute beli baju kurung baby secara online dari manjakuhappy .  Sib baik la ada color dan size yang diinginkan.  

Safiyya's 1st baju kurung...
Untuk Danial pulak baju melayu color oren... Baju ni maktok (pengasuh) dia hadiahkan masa raya hari tu... Sebab kan baju dia color oren la maka tema untuk kami hari tu adalah oren. 

Gambar ni je yang dapat masa hari tu.. Bukan main susah nak amik gambar skangni... dia pulak nak jadi photographer. (Safiyya muka ngantuk)

#Notakaki : Bila dah buat kenduri ni, saya rasa lega sangat.  Sebab bila makin tangguh, nnt duit pun makin lari.. So bila dah ada budget sikit tu, baiklaa buat cepat2. 

1 comment:

  1. kalau nak cari baju gaun aqiqah baby or nak tempah baju kanak-kanak sila ke FB: lovely kidz closet. In shaa Allah kami blh membantu merealisasikan impian anda / anak anda :)

    ReplyDelete