Thursday, 13 November 2014

Little Disor in the House - Tema Birthday Party Danial yang ke3

Nota: Disor adalah Dinosaur... menurut Danial.. (tiada dalam kamus. Harap maklum)

Salam...

Kenapa Dinosaur?? saya pun tak faham kenapa Danial suka sangat binatang yang dah pupus tu. Setakat ni dia ada 1 beg penuh dengan patung dinosaur kecik2.  Mungkin bagi dia dinosaur tu satu ikon yang hebat kot.  Sampai kan kalau boleh baju pun nak ada gambar dinosaur.  Sebab tu la saya kena sorok ada satu tshirt dia tu... lepas basuh je nak pakai sampai naik lusuh dah.  hmmm laa Danial.

Apa agaknya yang Danial fikir tu.. Mungkin banding kan kek diorang kot sape lagi besar.  (itu adalah Amira cousin Danial)
Owh yaa.. lupa nak cakap.  Acara ni saya bagi adik saya yang handle 100%.  Dengan bersemangat waja, dia uruskan semua.  Haaa lega.. kalau tak pening macam Birthday danial yang ke 2 tahun dulu... Malam sebelum kejadian, kami laki bini dan adik tido pukul 3 pagi untuk setup semua ni.. Nak buat awal, tak boleh sebab budak2 tak tido lagi .  So kena la start lewat malam.  Nak lekat2 la, tiup belon, gantung belon, Cari kain alas meja la dan gantung banner.  Ini antara hasil nyaa..

Susah tau nak gantung belon tu... asik meletop je.  walaupun hasilnya berat sebelah, tapi cantik gak laa.. natural beauty.. huhu

Atok pesan, nnt kesan double sided tape tu jgn bior je.. gulpppp... dah la gam tu.

Ni la mejanya.. subuh2 pegi beli paku payung nak buat skirting. kain mahal tu.. (kain cotton yang tak jadi baju kurung)

Susun2 label n apa2 yang patut

Yummehhh

Double yummeh

Kek Disor... Danial cakap acu buat kek.. 
Dan ini la orang dibelakang tabir yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis... Acu d' warrior

Acu
Penampilan istimewa...

Opah Disor... kui kui kui kui

#Notakaki : Tahun depan xmo buat party dah.. penat.. nak pi berjalan pulak.. yeayyy

No comments:

Post a Comment