Salam...
Bulan November datang lagi. Kenapa saya suka bulan November? Ini kerana saya dilahirkan dalam bulan November iaitu 30 November dan Wedding Anniversary saya pun bulan ni jugak iaitu 12 November. (Harap2 husband baca la ye entri ni. so takde la alasan lupa tarikh anniversary lagi.)
Bila tarikh birthday semakin dekat ni, takde apa yang nak terlalu diseronokkan. Kalau budak2 tu oklah sbb tiap2 tahun tunggu mak bapak buat birthday party or paling kurang pun bagi hadiah or makan besar. Tapi bila dah meningkat umur ni, yang paling utama ialah saya bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan ini bersama orang2 tersayang. Lagi la sekarang ni dah ada orang baru. Semakin meriah dan busy sekali. :)
2014: genap la 4 tahun saya bergelar isteri dan selama 4 tahun ni pelbagai dugaan dan cabaran dah pun kami tempuhi. 4 tahun ni macam lama tapi untuk betul2 mengenali pasangan bukan satu tempoh masa yang cukup. Sebab tu la alam perkahwinan ni tak seindah yang kita jangka kalau tiada tolak ansur. Masing2 nak tegakkan ego, nak menang setiap perbalahan, nak anggap diri semua betul dan macam2 lagi la... Dulu sebelum kahwin, semua yang kita tengok adalah yang baik2 je. Tapi bila dah sebumbung, langit tak selalu cerah. So bertabah la duhai hati... hehe.
Apapun, dengan semangat 'hip hip horreey' saya ucapkan selamat ulangtahun ke-4 kepada suami saya yang sangat la saya sayang dan tak lupa Selamat Hari Jadi yang ke 3x tahun kepada diri sendiri... eh eh ada lebih kurang 20 hari lagi... awal benor wish nyer.
ayue.... hi five, we are novemberians, Farah 24 November, Ash 26 November... yeayyy, birthday kita di bulan yang sama...
ReplyDeletewahhh.. meh kita main sep sep... Orang November ni selalu nya kreatif, spontaneous and unpredictable... so boleh masuk super spontan... haha..
Delete