Friday, 5 December 2014

Minyak Telon yang Best

Salam

Minyak Telon ada satu benda yang penting bila dah ada baby ni.  Ia berfungsi untuk melegakan perut kembung baby.  Kalau tak kembung pun kena letak jugak sebab kepanasan minyak tu buat baby rasa selesa dan nyaman je. Tapi nak pilih minyak telon yang mana satu kan... Ada macam2 kat pasaran sekarang ni tapi yang saya nak cerita kat sini ialah minyak telon yang saya pernah guna. Kalau tak pernah guna macam mana nak tahu kan... (wink wink)

1. Minyak Telon Anugerah
 - Bau dia sangat best.. Macam bau bunga.  Botol pun ok dan senang nak guna.  Minyak dia tak panas sangat dan sesuai sangat ngan baby.. dah nama pun minyak telon kan mesti sesuai untuk baby.  Tapi lama2 saya guna kat Safiyya, kulit perut dia jadi kering sangat. Sampai saya kena sapu baby oil Johnson tu untuk kurangkan kesan kering tu sebelum letak minyak telon.  Kenapa ntah jadi macam tu. Agaknya kulit dia sensitif sangat kot.

2. Minyak Telon Mustika Ratu
- Bau dia pun best.  Sangat traditional bau tu. Macam ada flashback tau bila terbau minyak ni. hehe.. Untuk masa sekarang saya guna jenama ni.  Botol pun ok sebab senang nak apply.  Minyak pun ok tak panas sangat.  dan yang penting kulit Safiyya tak kering bila pakai.

3. Minyak Telon Bornda
- Yang ni bau dia agak unik.  Bau limau dan tajam sikit. So far serasi dengan kulit Safiyya.  Dia sama jugak macam minyak anugerah, ada bacaan Al-Quran.  Dan yang paling best ialah botol dia yang sangat memudahkan kita.  Dia guna spray.  so satu spray satu penggunaan.  haa kan senang tu.  tak laa tertuang banyak laa or tertuang sikit sangat.  Minyak ni saya tak jumpa lagi kat kedai2 lain kecuali kat tuan punya produk iaitu Bornda Kalau nak beli, sama ada online atau terus ke kedai dia kat Giant Taman Permata. 

4. Minyak Telon Leesa Formula
- Yang ni pulak bau dia sangat lembut sampai tak perasan dah pakai ke tidak.. huhu.  Memang tak panas sangat dan boleh kata ok ok je laa... Yang tak bestnya ialah botol dia tu. Leceh nak masa nak pakai sebab kena bukak penutup dan mudah tertumpah. Kalau Leesa Formula tukar botol, sure saya akan sambung guna lagi.. huhu. 

5. Minyak Yuyi Cap Limau
- Minyak yuyi ni saya pakai lama masa anak sulung dulu... bau dia pun sedap.  Oleh kerana minyak nya agak panas sedikit, saya tak guna untuk Safiyya... Tapi untuk Danial saya masih pakai sampai sekarang... Agaknya lelaki ni kulit tebal kot.. huhu... Takde dia pulak dia tunjuk tanda2 tak selesa.. 

Nota: Semua gambar sumber nya di Google Images dan segala pendapat adalah berdasarkan pengalaman saya.. sekian terima kasih.

2 comments:

  1. ada lagi satu yang memang bagus... minyak batook ori ... boleh search di blog Farah...he he he....

    ReplyDelete