Salam...
Dah 3 bulan lebih pun peristiwa tu berlaku. Pengalamannya hampir sama ketika bersalin anak pertama dulu. Emergency Cesar. Tapi kali ni sakitnya lain macam. Sakit sangat smpi nak menjerit kat semua orang kat situ.
5 August 2014
Sama jugak macam dulu, saya terpaksa serah diri kat hospital sebab dah mula sengal2 kat bawah perut. Bukan kategori sengal dah tapi pedih sangat sampai nak jalan pun sakit. Masa check kat HUKM, doktor cakap saya terkena kencing kotor. haihh pelik. macam mana boleh kena pun saya tak tau (bab ni kita citer kat entri lain). Masa register kat labour room Hospital Sultan Abdul Halim - Sg. Petani, doktor yang bertugas tu cakap dah bukak 2 cm dan saya diminta masuk ke ward hari tu jgk.. Oleh kerana ward penuh, so doktor cakap boleh balik tapi kalau ada tanda, cepat2 datang. Lagipun rumah mertua dengan hospital tak jauh pun. Haa lega boleh balik. Lagi pulak masa tu, husband masih kat KL dan yang hantar saya kat hospital pun bapak mertua saya. Dengan fikir Danial tinggal sorang ngan tok dia buat hati tak keruan nak masuk hospital.. Jadi muka ada senyum balik.
7 August 2014
Setelah 2 hari, takde lansung tanda saya nak bersalin. Perasaan takut dan risau tu bercampur baur. Bertambah stress bila semua orang bertanya "tak sakit lagi ke?". Bagi mengelak sebarang perkara yang buruk, saya sekali lagi menyerah diri ke Hospital. Kali ni doktor yang bertugas cakap, masih 2cm. Haihhh masih 2cm?? Oleh kerana, ada katil kosong, saya diarah untuk masuk ke ward petang tu jugak. Malam pertama kat hospital, tak boleh nak tido sangat. Dalam hati sedih je sebab pertama kali berjauhan dengan Danial dan yang kedua, saya menunggu sakit contraction tu datang.. haha boleh pulak tunggu. actually tido jugak akhirnya... kang BP naik pulak kalau tak tido.
8 August 2014
Orang katil sebelah dah kena bawak ke labour room. Semakin risau la hati ini sebab takde tanda langsung dan langsung tak sakit. Lepas je breakfast, nurse bgtahu nak buat VE. (nak cheack bukaan). owh ada perubahan.. Tapi 3cm je baru. Ni pun tak sakit jugak. Heran. (anak yang dulu, 3 cm dan start senggugut dah). Nurse cakap tak payah pegi labor room lagi. Saya pun balik ke katil dan sambung rehat.. zzzz
Tak lama lepas tu rasa semacam.. rupanya dah keluar darah dan lendir. Pinggang dan kaki dah start lenguh tapi saya cuba untuk tido bagi kurangkan sakit. Bangun je lepas tu tak sakit dah. Langsung tak sakit pulak tu. aikkk mana pegi contraction tadi.
9 August 2014
Subuh2 doktor yang bertugas tu cakap kita kena bersalin jugak hari ni sebab dah terlalu lama. Jadi saya pun makan cepat2 dan mandi sepuas-puasnya. Lebih kurang 9.30 pagi saya ditolak ke labour room. Sebelum mandi tu dah call husband siap2. Hati ni dup dap dup dap. Takut + happy nak jumpa baby. :)
Sampai je situ, doctor check bukaan. Dah 4cm dah pun. Tapi saya masih tak rasa sakit. So dapat la saya lihat nurse2 kat situ siapkan saya dengan tenang. Cucuk sana cucuk sini, buat CTG, ready sume segala yang patut. Tak lama lepas tu, air ketuban saya dipecahkan. Dalam setengah jam macam tu saya mula merasa mild contraction. Saya cuba bertenang dan tarik nafas dalam2. Nurse cakap kalau sakit sangat, sedut gas ni.. Tetiba saya perasan kenapa husband saya tak masuk2 lagi nih. Mintak tolong nurse panggilkan. Rupanya husband tak dibenarkan masuk sehingga la isteri mula meneran. hohhhhh terus hati rasa tak tenteram.. Time sakit2 camtu la kita nak husband ada kat sebelah. Makin lama contraction makin kerap. Bila tak tahan sangat saya terpaksa jerit. Rasa nak putus pinggang ni dibuatnya. Mulut masih tak lepas dengan zikir dan kejap2 sedut gas. Sampai doctor cakap jgn hisap banyak sangat nnt pening. hmmm betul pun. Bila saya lepas gas tu, rasa mamai dan terawang awangan... fuyooo bahasa.
Owh yaa, mesin yang buat CTG tu sampai 2 kali tukar sebab graf jantung tu macam slow... Kali pertama tu, diorang ingat mesin tu rosak, so tukar. Mesin kedua pun masih menunjukan graf jantung baby slow.. Jadi disebabkan itu, doktor buat keputusan EMERGENCY CESAR. Waktu tu saya dah tak mampu nak lihat dunia. Sakit nya tuhan yang tahu. Dah 8cm pun bukaan. Tapi baby masih tak turun. Bila saya ditolak keluar dari labour room tu, baru la dapat jumpa husband. Dia hanya sempat bercakap dengan saya sekejap sebab saya terlalu sakit. Sampai je Dewan Bedah, saya dah tak ingat apa dan rela je apa diorang nak buat. Tepat jam 2:51 petang keluar la baby dari perut. Bila sedar je, nurse gerak tunjuk baby kat saya... "Puan, tengok baby ni... Baby girl..." "Nah kiss sikit"
Proses kali ni agak cepat dari yang dulu, Sebelum pukul 4 saya dah ditolak ke ward. Lepas je siap cuci2 semua, baby terus dihantar kepada saya.. yeayyyyy. Tapi tak boleh bangun lagi. saya diminta baring @ tido minimum 6 jam kalau tak silap.. Makan pun takboleh... minum takpe. Waktu tu hanya mampu intai baby dari katil je.. huhu...
Pengalaman kali kedua ni walaupun tajuk cerita nya sama tapi ia memang berbeza masa bersalin anak yang sulung. Apa pun saya sangat kagum kepada mereka yang berjaya bersalin normal. Kerana mampu mengharungi sakit yang tuhan je tahu. Walaupun apa pun saya tetap bersyukur dengan ketentuanNya. Sakit yang saya rasa sangat menginsafkan dan memberi satu kenangan yang tak boleh dijual beli... sekian.
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)
ReplyDelete