Salam,
Saya bukan la expert sangat dalam pengendalian EBM (Expressed Breast Milk) ni. Walaupun dan 2 anak, tapi masih terGoogle2 untuk mencari tips dari mommy yang lebih terror. Nak banyakkan susu la, panduan simpan susu la, panduan nak cairkan susu la, panduan nak bawa susu ke rumah pengasuh la, panduan nak bagi anak pandai guna botol laa bila dah start keje nanti dan macam2 panduan lagi lagi kalau kita rajin nak cari.
Untuk entry kali ni, saya bukan nak bagi panduan pengendalian EBM tapi nak share antara perkara2 asas yang perlu ada bagi ibu yang bekerja yang nak buat stok EBM. Benda ni penting sebabnya nak menjayakan proses penyusuan, kita kena la berkorban sikit. Bukan untuk orang lain tapi untuk anak kita jugak kan.
Antara yang penting itu ialah;
1. Niat nak susukan anak kita selama yang boleh. Ada pendapat kata, ibu2 yang bg EBM kat anak dia tu bukan fully breastfeed. Yang betul2 layak adalah ibu yang bagi direct kat anak dia setiap masa dan setiap hari. Atau dengan kata mudah ialah ibu yang tidak bekerja dan menjaga sendiri anaknya. Bagi saya pendapat itu hanya tinggal pendapat. Sebab sekurang-kurangnya kita dah berusaha untuk bagi yang terbaik. Bagi EBM ke bagi yang fresh ke, sumbernya tetap sama. yang penting pengendalian yang betul bagi mengelakkan susu yang disimpan rosak.
2. Masa untuk mengepam susu mestilah konsisten setiap hari. Kalau hari ni pam esok tak, lusa malas, memang tak menjadi la stok susu tu. so kena la korbankan masa sikit. Kalau kat ofis tu, curi2 la masa untuk pam susu. Lagi syok kalau majikan yang memahami keperluan ibu yang menyusu ni. Contohnya ada bilik yang sesuai untuk ibu2 ni menyorok sat. huhu
3. Breast pump yang sangat membantu perlu ada supaya kita tak perlu perah guna tangan. Tapi ada je yang guna tangan.. Sampai anak dia 2 tahun dia dok perah ngan tangan... kagum betul. Tentang pump ni kan, kalau ada budget lebih, beli la brand yang ok sikit sebagai pelaburan jangka panjang so tak perlu beli setiap kali lepas bersalin. Macam saya, brand Medela mini electric menjadi pilihan. Rekabentuk dia simple, tak berat, dan sesuai dengan size kebanyakan brand milk storage. Lagi satu, manual ke letrik ke adalah terpulang pada masing2. Tapi saya, tetap pilih yang letrik sebab lenguh tangan wehhh...
Medela Mini Electric |
4. Milk Storage yang jenis botol atau bag adalah terpulang kepada keadaan masing2. Macam saya lebih suka yang bag tu sebab jimat ruang bila nak simpan. Peti ais kami kecik.. huhu. Lain la kalau husband dah beli deep freezer kan... (harap2 dia baca nih). Brand yang saya pernah guna Jingle Jungle dan Autumz. Keduanya ok bagi saya dan sesuai dengan isipadu susu yang saya simpan. tak terlalu besar, dan tak terlalu kecil iaitu max 7oz. kalau nak lagi besar tak silap ada yang yang 12oz punya. Tapi apa yang penting ialah BPA free. So jangan la guna plastik sebarangan sebab nak jimat ye. Kang jadi kot lain pulak.
Storage Bag |
Bottle |
5. Cooler bag yang sesuai untuk membawa susu2 yang telah diperah. Nak yang design macam mana tu terpulang pada citarasa masing2. Bagi saya, cooler bag tu kalau boleh muat nak simpan breastpump skali. so senang la sikit dan tak banyak beg sangat nak bawak ke office. Saya pilih brand Autumz kerana ia memenuhi keperluan saya. Kalau dulu saya guna brand Jingle Jungle tapi sebab dah lama sangat guna sampai dah bertompok2. so ada chance la nak beli baru.. hehe..
Autumz |
Jingle Jungle |
6. Milk Booster pun tak kurang pentingnya bagi menggalakkan pengeluaran susu. Terpulangla kepada ibu2 nak makan or minum apa. Ada yang minum susu je, ada yang minum holicks, dan ada yang minum soya. Macam saya pulak, saya pilih set menyusu Shaklee, Alfafa + ESP. So far saya boleh bagi 4 bintang la sebab susu memang banyak. Tetapi jangan hanya kita bergantung pada makan supplement je tapi kurang pump. Semuanya berpegang pada prinsip supply and demand. Lagi banyak kita bagi susu kat baby atau pump, lagi banyak susu dihasilkan. Bila baby menyusu, isyarat akan dihantar ke otak untuk menghasilkan susu secukupnya. Sebab tu la kalau jarang pump or kurang menyusukan, susu ibu akan kering.. haa lebih kurang macam tu la explaination nya.. Saya pun masih bertatih untuk memahami prinsip ni. huhu. Lagi satu, jangan lupa minum air masak banyak2 dan makan makanan yang berkhasiat...
Shaklee |
Ini la yang hari2 saya usung ke office. -Baru lepas pump :)
Nota Kaki : Semua gambar sumber dari google dan personal. Artikel ini ditulis adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan pengakuan ikhlas saya serta sekadar panduan untuk mereka2 yang mencari info. sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment