Salam...
Pagi tadi saya terbaca status seorang kawan di facebook. Allah... sayunya rasa. Rupanya anak dia meninggal setelah dilahirkan. Sebagai seorang yang bergelar ibu, atau sesiapa sahaja sudah tentu cerita macam ni sangat meruntun perasaan. Anak yang dikandung 9bulan lebih, hanya kaku dalam pangkuan setelah dilahirkan. huaaaa sedihnyaaa...
Bila mendapat berita macam ni, saya akan rasa sangat insaf. Sebagai manusia yang tak lepas dari membuat kesilapan, kadang2 saya ter merungut atau ter marah anak kalau si abang buat bising dan si adik ni xmo tido (nak berdokong je kejenye). Tapi bila fikiran dah kembali normal, saya mula terfikir yang betapa saya bersyukur di mana bunyi bising itu tandanya anak saya aktif dan bermakna dia sihat. dan baby yang merengek tu menunjukan dia adalah normal dan mahukan saya. Sepatutnya saya perlu selalu bersyukur. Bila tak cukup tidur kerana anak berjaga malam, maknanya saya punya anak. Sedangkan ada orang yang masih menanti kehadiran seorang anak. Bila anak saya xmo duduk diam, berlari, memanjat, menjerit, maknanya anak saya seorang yang sihat dan membesar ikut perkembangan umur dia. Sedangkan ada orang yang terpaksa berulang alik ke hospital sebab anak terlantar sakit tak bermaya. Dan banyak la serba serbi yang saya perlu bersyukur atas apa yang Allah kurniakan.
Itu laa kan, kadang2 kita hanya nampak benda yang indah pada orang lain. Sedangkan kita tak tahu apa yang dia lalui dalam kehidupannya. Sepatutnya kita mesti lebih menghargai apa yang kita ada kerana Allah hanya akan bagi apa yang terbaik buat kita.
Notakaki: Safiyya dah mula cuba2 meniarap. Bersungguh2 smpi meleleh air liur dia. huhu... dan malam tadi dah berjaya pun sekali setelah banyak kali mencuba.. Tapi kemain dia nangis sbb tangan dia tertindih bawah perut. hmm jenis tak tahan sakit budak nih.
No comments:
Post a Comment