Wednesday 30 April 2014

Budget untuk anak kedua

Salam...

Pengalaman berbelanja untuk menyambut kelahiran anak pertama dulu banyak membantu dalam membuat budget untuk anak kedua.  Yang bestnya, banyak yang boleh dijimatkan kerana ada sesetengah barang boleh diguna semula tanpa perlu dibeli baru.  Antara contoh yang boleh recycle, ialah baby cot (termasuklah tilam serta quilt yang sedia ada), sterilizer, breast pump, besen, changing mat, thermometer, hmmm banyak laa jgk kalau nak di taip semua kat sini.  Ada jugak sesetengah parents yang recycle baju2 newborn anak yang pertama. Tapi macam kes saya ni nampaknya kena beli baru sebab, maklumlah anak pertama lelaki.  Baju abis sume dah comot2 n agak lusuh. So tak sampai hati nak pass ke adik nya pulak.  Lagi pulak menurut doktor yang scan perut saya nih, katanya macam girl je kali ni.. hehehe... Sudahnya jadi dilema pulak sama ada nak beli baju girl or boy.  Sebab ada pulak yang dah warning siap2 toksah excited sangat sebab belum tentu tepat. aiseyyyyy cengghitu pulak deme nih. 

Walaupun ada banyak benda yang boleh diguna semula, tetapi atas alasan pengalaman lalu, saya dah senaraikan apa yang perlu, apa yang tak perlu dan apa yang perlu beli banyak atau pun sikit.  Nampaknya budget lebih kurang je macam dulu.  ye laa kan... Contoh nya baby wipe, saya perlukan banyak benda ni dan banyak lagi la benda yang takde dulu, saya perlu beli sekarang sebab terasa macam keperluan je.  Dulu tak tau apa yang perlu. Tetiba tengok senarai, makkk aiiii panjangnya... Lagi satu keperluan berpantang... Bila dah dulu semua benda tak cukup, so kali ni memang nak kasi cukup laa... Kesimpulannya budget lebih kurang sama je. huhu.  (Kali ni jamu takmo beli set lagi... Beli loose item je sebab tak semua dalam set tu kita akan guna.) Jamu yang telah pun selesai di buat survey ialah Tanamera dan Nona Roguy... Saya akan beli apa yang nak guna sahaja... Pastu bengkung beli yang boleh untuk caesar. Mana la tau kan... Dulu masa berpantang langsung tak pakai bengkung sebab caesar.  Sudahnya, perut makan masa nak kembali kepada sedia kala.

Nota: Puasa kali ni saya dah nak masuk  34minggu... Harap diberi kekuatan untuk berpuasa penuh macam mengandung yang dulu... (ehhh tak penuh pun sebab tertuang 3 hari... air gula punya pasal)


2 comments:

  1. bila anak kedua dah boleh jimat sikit kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tengok gaya list saya tu mcm lagi banyak dari anak kedua... huhu... cuma barang2 penting dah boleh jimat. mcm breastpump, baby cot, food processor dan sebagainya...

      Delete