Thursday 15 May 2014

Perlunya Thermometer ada kat rumah. Tapi jenis mana yang sesuai??

Salam...


Masa zaman takde anak dulu (sebelum kahwin) saya tak terfikir pun thermometer ni sangat penting dan mesti ada kat rumah.  Kalau sakit pegi je klinik dan doktor yang akan check semua... Tapi skang ni kalau tersalah letak or tertinggal kat kampung, mesti jadi kelam kabut.  nak pulak badan anak tetiba panas.  Sebab sebelum pegi klinik, saya mesti check dulu suhunya sebab nak pastikan tak terlalu panas dan boleh surut kalau makan ubat. 

Masa mula2 dulu saya beli yang jenis ni:

The First Years
Mula2 ingat dah ok la dan fikir asalkan boleh check suhu baby.  Tapi rupanya tidak. Susah nak dapat suhu yang tepat sebab kena kepit kat ketiak or lengan. ingat baby tu nak bagi ke kita usik dia lama2 macam tu.  Nasib baik la harga nya agak murah.

Kemudian saya beli yang jenis ni pulak:

Guardian (ada gambar Doraemon lagi...)
Kali ni saya beli jenis ni.  Sangat la mudah dan ada dua cara nak check. Kalau bukak tutup yang atas sekali, kita boleh halakan pada dahi. dan kalau bukak tutup yang seterusnya boleh check ke dalam telinga baby.  Kedua2nya memberi bacaaan yang tepat.  siap tolong cakap lagi berapa suhu dia dan kalau demam skrin tu tukar color merah. Cuma yang tak bestnya thermometer ni guna bateri jam. alaaa yang bulat leper tu.  dah la bateri jenis ni cepat abis dan mahal pulak tu. Harga thermometer kalau tak silap RM99. 

Akhirnya saya beralih kepada yang ini pulak

Medisana
Kali ni memang sangat2 puas hati. Dah la bacaannya tepat malah penggunaanya pun mudah. Hanya perlu halakan muncung depan tu kat dahi baby dan bila dia dah beepp tu akan dapat la bacaannya. Thermometer ni ada 2 fungsi. Boleh sukat suhu badan dan suhu persekitaran (air ke...) Bateri pun guna yang biasa je. So tak la mahal sangat kalau nak menggantinya. Sama jugak macam brand Guardian tadi, kalau demam skrin bertukar kepada color merah. Kalau tak, dia color hijau. Harga ~ RM200

Kat mana nak beli??? Mana2 farmasi. Sila tanya orang jual tu brand mana yang recommended... Tapi bagi saya, puas hati sangat dengan Medisana ni. 

Nota: sorry la sebab gambar tak berapa memuaskan...

2 comments:

  1. Hye..salam perkenalan..yup btol..termometer sgt penting bl anak kecik ni kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi... betul2... Antara benda yang wajib ada.

      Delete