Salam....
Kalau ikut perkiraan, dari tarikh bersalin hingga sekarang saya dah 5 bulan lebih tak datang haid. . Mungkin sebab saya fully breastfeed kat anak saya. Itu yang orang selalu cakap. . "kalau bagi susu badan, senang nak rancang sebab tak period. kalau menyusu setahun, setahun la tak period." Saya ok kan saje apa yang orang lain bagitahu tu. elok la tu sebab saya tak perlu risau sangat. Kalau ikut dari tarikh mula mengandung kira dah setahun lebih dah tu. Bila dah lama sangat tak datang haid, saya dah lupa macam mana perasaan orang datang haid serta simpton yang sepatutnya saya lalui. Tiba2 hari isnin minggu ni, saya telah pun kembali normal. haha. yeayyy period saya dah datang. patut la ada jerawat last week. Rasa seperti kewanitaan datang kembali.
Menurut Baby Center, tiada masa yang tepat bagi wanita untuk datang haid semula setelah bersalin. Ia adalah berbeza bagi setiap individu. Bagi yang menyusu badan sepenuhnya, haid memang akan datang lambat dan kemungkinan untuk mengandung juga kurang. Tetapi bagi yang menyusukan bayi mereka dengan susu formula, haid akan datang lebih cepat dan peluang nak mengandung lagi tinggi.
Bila dah dapat balik rutin setiap bulan saya tu, baru la muka saya berminyak sikit. Kalau tak, kulit muka saya tersangat kering. ish ish. tak best kulit kering ni sebab tak elok pun. Kena nampak moist sikit tapi jangan la berminyak sangat macam dah boleh buat goreng ikan. huhu.
So papa, sila masuk kembali Libresse dalam budget family ye. hehe.
No comments:
Post a Comment