Monday, 26 January 2015

Cincin belah rotan saya nak. Kena rotan tak nak.

Salam

Sekarang ni kecoh isu rotan tu.  tak tahu nak cakap macam mana. Saya ada 2 pendapat. Saya sokong yang anak jangan dirotan dan tak pula setuju habis2 an anak langsung tak boleh diajar dengan rotan. Bagi saya, rotan tu boleh tapi biar la sebab nak mengajar dan kalau nak rotan pun setakat kat tapak tangan, ok kot. Budak2 sekarang ni terlalu advance dan bukan macam zaman saya dulu yang takut pada ibu bapa.  Kalau tak buat keje sekolah bukan setakat takut kat cikgu tapi takut kat abah yang akan marah dulu.  Jadi, bagi saya rotan tu hukum nya harus dan mesti betul pada tempatnya.  kes naya pulak kalau disabitkan jenayah gara2 nak mendidik anak.  Bila saya kata sokong kalau anak tak boleh dirotan tu, jangan la melepaskan segala kemarahan dengan merotan anak bagai nak rak. sebab kalau dah terbiasa dengan rotan, anak dah tak takut kena marah sebab yang teruk (rotan) diorang dah rasa. Merotan anak ni pun perlu.  Jangan la sampai mendera pulak. cukup buat anak tu sedar akan kesilapan dia.

Mendidik anak merupakan satu cabaran yang besar bagi semua ibu bapa.  Tak kira la anak anda umur berapa, setiap peringkat umur tu ada cabaran yang tersendiri.  Macam saya, menghadapi kerenah anak yang baru berusia 3 tahun memang memerlukan kesabaran yang lebih.  Umur 3 tahun ni masih belum tahu menilai mana yang baik dan buruk.  Siapa yang sama situasi dengan saya akan faham betapa macam2nya perangai budak2 ni. Nak menangis suka hati dia je kuat2.  tengah2 orang ramai lak tu.  tarik nafas dalam2 je la.  Kadang2 saya akan menangis sebab tak tahan sebab terlalu geram.  Nak pukul, kecik lagi.  mulut je la membebel. Tapi bila tengok dia kena marah ngan papa dia, mula la rasa kesian pulak.  emosi mak mak mula terpancar ketika itu. Baru boleh pujuk elok2 n ehh boleh pulak berhenti nangis. 

pssst: anak besar ni saje je nak test kita. kadang tu takde apa2 musabab pun. tapi dia punya melalak, rasa nak terbakor hati ni.  sabar jee laaa..

"Danial nak kena sobit (cubit)?" (itu je la yang ku mampu kata kat dia) 

"Kuih rotan nak?"

Sumber



No comments:

Post a Comment