Salam
Berapa kali dah saya asik cerita tentang bestnya online shopping. Benda ni macam dah jadi hobi saya. haha... Tak perlu beli yang mahal2 tapi dapat beli sikit kalau tak untuk diri sendiri, beli barang untuk anak2 pun mampu beri kepuasan pada saya. Kira dah macam terapi la. Bila dah berjinak2 dengan online shopping ni, saya rasa ia satu penjimatan masa, tenaga dan jugak duit. Bukan setakat kita boleh enjoy dengan diskaun harga yang menarik, tapi kita tak perlu berpeluh2 dengan berebut ke shopping complex bila ada sales. Nak bayar parking lagi, nak bayar duit makan lagi (dah shopping mesti la penat kan. bila penat kena makan) huhu.
Baru2 ni saya ada menyertai satu Ladies Nite yang dianjurkan oleh sebuah kelab kat tempat saya bekerja. Dengan bertemakan Retro, memerlukan saya mencari pakaian yang sesuai untuk malam tersebut. Memandangkan saya ni beranak kecik, memang tak la saya nak mengheret suami dan anak2 untuk mencari baju dan aksesori yang sesuai. Nak pergi beli hari bekerja, mana cukup time kan rehat sejam je. Oleh itu, gunakan kuasa jari anda untuk mencari baju2 tersebut. hehe.
Laman pertama yang saya pergi ialah Zalora. kenapa saya pilih Zalora? Kerana sepanjang saya berurusan dengan Zalora, tak pernah lagi mengecewakan saya. Ini memang betul2 dari pengalaman saya sendiri. Selain Zalora, saya juga pegi Fashion Valet. Baju2 kat dua2 tempat ni memang rambang mata. Kalau LAZADA pun best jugak. tapi saya pegi situ kalau nak cari barang2 rumah. Nanti saya review online shop yang sangat best kalau nak beli skin care + makeup especially from Korea...
Ok, berbalik pada shopping kat Zalora. Hampir semua yang saya nak tentang tema retro ada kat situ. Dari baju sampai ke seluar. termasuk la tali pinggang. Itu belum yang tak berkaitan retro pun terbeli jugak. haihhh terclick la pulak. apa pun memang best la sebab saya tak perlu lenguhkan kaki saya berjalan sana sini sebab nak survey baju.
http://www.zalora.com.my |
Haa berbalik pada tajuk asal saya iaitu Tips keseronokan online shopping, satu je benda yang buat orang seronok iaitu Diskaun Diskaun Diskaun. Apalah erti online shopping kalau tak de diskaun kan. Jadi bagi sesiapa yang baru pertama kali nak shopping kat Zalora, boleh dapat diskaun 15% hanya dengan menggunakan kod seperti di bawah:
ZBAPQWKX
Tiada minimum pembelian. Hanya masukkan kod tersebut dan anda layak dapat diskaun sebanyak 15%. Tetapi hanya untuk First Time Buyer sahaja... kalau dah penah beli sebelum ni, sila semak newsletter yang di email kepada anda. Sebab Zalora ni sangat la bermurah hati nak bagi diskaun kepada pelanggan setia mereka.
http://www.zalora.com.my |
Sila la cuci mata di Zalora ye Lepas tu jangan lupa kod yang saya bagi tu... rugi wooo kalau tak guna diskaun yang diberi.
Ok la ye.. daaa. selamat membeli belah.
No comments:
Post a Comment