Friday, 9 January 2015

Salah faham tentang 'Breastfeeding'

Salam...

Sesungguhnya beruntung seorang ibu yang dapat menyusukan anak dia dari sejak lahir sehingga lah berusia 2 tahun... Walaupun ada yang terpaksa berhenti awal di atas banyak sebab, tapi peluang untuk menyusu kan anak sendiri tu memang sesuatu nikmat yang Allah bagi.  Banyak kebaikan nya susu badan ni dah rasanya ramai yang tahu.  Owh yaa, entri kali ni bukan nak cerita tentang kebaikan susu badan tu, cuma saya nak share tentang salah faham berkaitan isu breastfeeding... apa yang saya share ni adalah dari pengalaman saya sendiri... mungkin ada fakta yang bercanggah sedikit berikutan kelemahan saya sendiri tentang ilmu menyusukan anak ni.  Tapi boleh la nak share kat uolls semua...

*A itu adalah saya sendiri

Cerita pertama - Tak nak puasa sebab nanti susu takde

A: Wahh ramai nye geng tak puasa kat pantri ni.. (tak puasa sbb uzur) ehhh lama nya akak period
B: Ehh tak laa.  kalau puasa nanti susu takde...
A: Dah tu, sebulan la akak tak puasa? 
B: A'aa

Rumusan: Saya tak pasti orang lain macam mana, tapi saya sendiri memang susu akan merundum sikit tapi takde la sampai takde langsung dan takde la sampai tak puasa langsung.  Persediaan yang saya buat ialah, pastikan setiap sahur saya akan makan seperti biasa (makan nasi) dan minum susu or milo dan tak ketinggalan air masak kena lebih sikit. Supplement pun tak tinggal supaya badan cukup nutrient untuk memastikan penghasilan susu yang berkualiti.

Cerita kedua - Tak mahu exercise sebab nanti lemak hilang

A: Syok nye uolls dapat join Zumba... Teringin sangat, tapi apakan daya kena balik awal... ada anak kecik.. kesian kat husband nnt.
B: hmm memang best Zumba.  Terkial2 saya nih sbb beginner. Tu laa, sbb baby susu badan kan, takleh la join.  Kesian baby nnt.
A: A'aa.  kalau dia buat awal sikit, saya join. ini dah lewat petang sangat. kang malam pulak saya sampai rumah. 
B: ehhh nanti habis la lemak sume kalau exercise
A: hah?? kenapa pulak? elok la tu lagipun lepas bersalin anak kedua ni, badan tak bape nak fit. 
B: susu badan kan dari lemak kita... kalau exercise, abis la lemak.  Nanti susu takde
A: heh heh (garu kepala)

Rumusan: Bab ni macam kategori sains fizik jugak laa.. hahaha.. boleh pulak dia fikir macam tu... saya tak pasti sejauh mana kebenaran kata2 dia.  Tapi yang saya boleh katakan, bila kita regular exercise, badan akan sihat, jadi apa yang terhasil dari badan pun akan turut berkualiti.  (ditambah dengan pemakanan yang seimbang).  kalau laa semua orang ikut teori dia ni, semua ibu yang breastfeed kena gemukkan badan la ye.. huhu. 

Cerita ketiga- Kalau breastfeed nanti breast tak cantik

B: Eiii tak comel dah n*p*l*e kalau breastfeed ni.  Kalau saya ada baby nanti, nak bagi susu badan jugak tapi semua yang perah punya.. takmau bagi direct
A: Ok (Senyum kambing)

Rumusan:  Terus terang, ibu yang menyusukan ni, mesti sedar akan perubahan bentuk fizikal kesan dari direct breastfeeding.  Ia takkan sama dari kita tak kahwin dengan dah kahwin dan setelah melahirkan anak.  Memang betul, bagi EBM  melalui botol, anak dapat susu badan jugak. bukan nya susu formula. jadi apa bezanya... Bonding.. yes itu yang anak dan ibu tak dapat. kita akan lebih rapat dengan anak kalau bersentuhan kulit terutama bila menyusu.  Rasa sayang tu akan lebih melimpah ruah kerana terasa anak dekat dengan kita.. kalau bagi botol, sape2 pun boleh bagi.  owhh yaaa kalau setakat sayang breast so takmo direct feeding, tak cukup kukuh untuk jaga badan.. baik toksah mengandung terus.. elok je perut tu tanpa stretch mark. 

Cerita keempat - Jangan hanya bagi susu badan untuk tempoh terlalu lama

B: Anak u dah berapa bulan?
A: Nak masuk 5 bulan (pada ketika perbualan ini berlaku)
B: ehh u breastfeed kan? U jangan bagi susu badan sampai dia 2 tahun tau
A: Kenapa ye?
B: Cukup sampai 6 bulan saje. lepas tu, biar dia take over dia punya body sendiri.. kalau terlalu bergantung pada susu badan, nanti bila u dah stop, antibody dia tak kuat sebab terkejut dapat susu formula.  so biar dia develop naturally.
A: ok... 

Rumusan: Petua ni first time saya dengar. Mungkin saya tak sehebat mana nak bagi anak saya fully breastfeed tanpa campur dengan susu formula sehingga dia 2 tahun.  Tapi saya akan pastikan anak saya dapat susu badan selama yang mungkin dan bila dah campur pun, saya akan terus menyusukan dia sampai 2 tahun.  Tentang antibody tu kan, saya agak tak setuju dengan dia. Bagi saya, dalam usia bayi yang terlalu muda, tak sepatutnya saya biar dia berdikari dan biarkan badannya bekerja sendiri untuk menahan segala penyakit.  Sape cakap anak yang menyusu badan ni tak akan demam or sakit2 yang lain.. kalau dah nak sakit, apa kita boleh buat kan.. tugas kita bagi yang terbaik je laa supaya dia cepat sihat.  Situasi ni ibarat, anak yang baru nak masuk sekolah kena menguruskan dirinya sendiri... pegi bayar yuran sendiri, beli buku sendiri, beli uniform sendiri, sume sendiri... haru kan... bukan sepatutnya semua tugas tu ibu bapa yang buat?... lain laa kalau dah masuk kolej kan... ;)

Ok laa... semua yang terjadi ni berdasarkan pengalaman saya sendiri. Mungkin banyak lagi salah faham dalam isu susu badan ni.. kalau uolls ada pengalaman, boleh la share kat sini... :) sama2 kita kongsi.  

owhhh yaa pada sesiapa nak ebook tentang pengurusan EBM dengan betul, boleh la dapatkan di 
Mama Jambu.  Sangat mudah penerangan dia... senang nak faham bagi yang masih baru dalam pengurusan EBM.


No comments:

Post a Comment