Friday, 24 April 2015

Susu Badan: Adakah ia sesuatu yang memalukan

Salam...

Susu badan atau susu ibu. Kenapa ia sangat taboo untuk sesetengah mereka di luar sana.  Ada juga dari kalangan mereka yang merasa geli bila melihat gambar susu badan yang dikongsi di laman sosial. 

Antara caption yang sangat biasa kita lihat

Phewwww.. Hasil production untuk hari ni yang meriah

Baru selesai mengepam

Saya sudah (pam). anda bila lagi

Membuak2 pulak hari ni... (sambil selit gambar ESP....) ehh!!

Saya tak pasti sejauh mana kata2 di atas ni mengganggu ketenteraman awam apabila ia lalu di timeline facebook mereka. 

Sebelum tu saya nyatakan pendirian saya dulu.

1. Saya menyokong penuh penyusuan susu ibu kepada baby secara exclusive sehingga umurnya 6 bulan
2. Saya menyokong penyusuan susu ibu di tempat awam - such as shopping complex, lake garden, restoran.  as long as si ibu menggunakan nursing cover. 
3. Saya menyokong pemberian Expressed Breast Milk kepada baby dan ibu tersebut juga layak digelar Exclusive Breastfeeding Mommy- Direct ke EBM ke, selagi ia susu ibu tidak akan mencacatkan niatnya itu
4. Saya menyokong ibu2 yang bekerja yang gigih nak pump susu walaupun hasilnya sendu giteww
4. Saya sangat terharu sekiranya majikan bersikap terbuka dan menyediakan tempat untuk ibu yang bekerja ni pump susu.
5. Saya tak kisah kalau orang cuba mempertikaikan saya memberi hak anak saya iaitu nikmat / khasiat susu ibu 

HAKIKATNYA....

1. Ini bukan bermakna saya bersetuju apabila ada ibu yang terlalu exposed akan susu badannya di laman sosial. Macam dah menunjuk2 pulak susu dia paling banyak kat dunia ni.  Saya lebih setuju kalau cerita susu badan ni di khaskan dalam satu closed group untuk tatapan ibu2 yang sama interest nya... 

2. Kalau kat office, cukup la kalau memberitahu orang sebelah yang kita nak ke 'mother's room' atau store atau apa saja bilik yang tertutup untuk pump susu.  Tak perlu bagitau satu office.  Sebab dah tentu ada staff lelaki yang akan mula terbayang macam2... 

3. Kalau nak menyusu kat public, 
 - sila pakai nursing cover.  
 - sila pakai baju yang nursing friendly supaya tak perlu selak dari bawah...

3.  Kalau ada ibu2 yang mengadu susu dia kering, tak meriah macam orang lain dan atas sebab itu dia ambil keputusan untuk beralih ke susu formula, jangan la herdik or memandang rendah pada mereka.  Kata tak bersungguh untuk pump la, tak jaga makan la, tak paham hukum supply and demand laa.. Terpulangla pada dia nak bagi susu apa pun. Lain la dia mintak nasihat or pandangan dan itu bukan bermakna kita boleh hentam macam2.  kesian kat dia (saya) ...

Bila saya mengetengahkan isu pemikiran si penyusu badan vs pemikiran orang awam (lelaki, perempuan bujang, ibu yang bagi fm atau sesiapa sahaja yang tak berkenan dengan breastmilk ni). saya sama sekali tak bermaksud untuk mengatakan saya menentang mana2 pihak walaupun apa yang dikatakan atau dilakukan oleh mereka itu mengusik perasaan.  Cuma bagi saya, masing2 ada pendapat tersendiri tentang isu susu badan ni.  Pandai2 la nak bawak diri jangan sampai makan diri sebab ada orang sampai hati label ibu yang nak pegi pump susu ni tak tau malu. haihhhh.... 

Benda sama tapi memberi gambaran berbeza.  

perkataan Susu ibu lebih ilmiah dari perkataan susu badan. 

Notakaki:  EBM dah tak meriah ni... huaaaaaaaaa

No comments:

Post a Comment