Friday 17 April 2015

Kena fitnah: kadangkala berpunca dari diri sendiri

Salam....

Hari ni nak cerita tentang sesuatu yang lain sikit.  Pernah tak kita marah atau lebih teruk kita melenting bila menjadi mangsa fitnah.  Tentu la kita marah kan sebab kita di fitnah. Bila kita kata kita di fitnah, tentu la perkara fitnah itu adalah sesuatu yang tidak benar tentang diri kita.  sebab tu kita marah.  Jadi apa punca fitnah??  Ada banyak sebab dan apa yang saya nak share sikit kat sini ialah punca fitnah itu adalah datang dari si mangsa fitnah.

Kenapa saya cakap macam tu.  Sebab nya macam ni.  

Contoh:
 Liza seorang pendiam.  Tapi dia bukan lah terlalu pendiam sampai tak bercakap dengan orang.  Dia hanya bercakap bila perlu dan hanya bercakap dengan orang yang rapat dan biasa dengan dia.  Pernah sekali orang mengambil sesuatu milik dia tanpa kerelaan hati dan dia hanya berserah pada Allah tanpa membalas sedikit pun pada orang yang mengambil tu.  Di tambah pula orang yang mengambil tu menggunakan alasan 'benda' yang dia ambil tu tidak menyukai Liza dan lebih prefer si pengambil bila berurusan.  Kejam kan. Orang sekeliling akan menafsir bahawa si Liza ni seperti tidak tahu buat kerja sehingga hak miliknya memilih orang lain.  Apa yang Liza buat?? Sabar..............Padahal, alasan itu hanya alasan untuk menutup kejahatan si pengambil.  Tak lama lepas tu peristiwa lama berulang kembali. Oleh kerana si pengambil lega sebab Liza langsung tidak mengambil tindakan atau sama sekali membalas dendam, si pengambil gunakan kesempatan untuk mencetus satu perkara baru.  Si pengambil telah menerima satu projek yang agak besar nilainya.  Sebagai seorang yang workaholic, dia sangat komited dalam tugas.  Walaubagaimanapun dalam hati masih ada sangsi terhadap Liza.  Mana mungkin Liza tidak berdendam pada diri dia.  Tapi, Liza masih sama macam dulu, menyendiri melakukan tugas harian tanpa mengganggu kerja orang lain.   Satu hari tercetus satu khabar bahawa Liza cuba merampas projek si pengambil hanya kerana ada salah faham.  Ini kerana Liza pernah menghubungi pihak pengendali event(projek si pengambil) atas tujuan mengetahui tentang perkara lain yang tiada kena mengena dengan tugas sipengambil.  Bila fitnah berleluasa, seperti biasa Liza mendiamkan diri tanpa membersihkan namanya dan langsung tidak membetulkan keadaan.

Nampak tak??? Bila sikap terlalu ambil mudah akan memakan diri sendiri.  Itu la maksud saya punca fitnah ni adakalanya berpunca dari diri sendiri... Lagi satu, si Liza ni sepatutnya berfikir kesan dan akibat bila berurusan dengan orang yang banyak agenda ni.

Pendapat mengatakan "Jika bersuara itu perak, diam itu adalah emas" 

Ye betul.  tetapi ada perkara yang kita tak diamkan sahaja.  Kena betulkan keadaan.  kalau nak diam pun sila bermasyarakat sikit dan jangan sampai orang mengiyakan apa sahaja cerita tak betul mengenai diri dia.  Orang sekeliling tak kenal kita.  Jadi apa sahaja berita tak sedap yang tersebar, akan mudah dipercaya...

Notakaki: Siapa Liza? - Liza bukan kaki gaduh-

No comments:

Post a Comment