Thursday 9 April 2015

Terjatuh hati dengan BENTO

Salam

Bento.

Bento berasal dari perkataan Jepun yang bermaksud bekas makanan seperti nasi atau apa sahaja yang menjadi bekalan untuk ke sekolah atau kemana2 sahaja.  Yang unik nya, bento bukan sekadar cedok nasi letak dalam bekas makanan dan letak lauk sebelah.  TETAPI selain makanan diletak dalam partition tersendiri, kesenian dalam menghias makanan tersebut sangat dikagumi kerana dibuat dengan daya imaginasi yang amat tinggi.  Pernah tengok kan bento ni.. meh saya tunjuk contoh






Saya ni taklah creative sangat.  Tapi teringin sangat nak cuba berbento.  Selama ni saya hanya buat bekal anak tanpa sebarang sentuhan magic.. cewahhh. ntah la jadi ke tidak. tapi belum try belum tahu. kena buat banyak rujukan dan tak perlu buat yang susah2 sampai kena bangun pukul 3 pagi hanya untuk berbento.  Baru la anak semakin bersemangat nak makan.  

Baru2 ni ada join satu closed group kat Facebook iaitu Kelab Bekal / Bento Malaysia.  adoiiiii terror nya hangpa hangpa ni... Kagum giler tengok bento diorang.  Kalau saya buat, tak tau la jadi apa. Tengok tu.. belum buat lagi dah nak surrender.. heheh... tapi serius laa... kena cuba benda ni.  untuk laki pun kita bento kan jugak. Mesti dia tersipu2 tengok bekal makanan titewwww.... elehhhh

Notakaki: Jom kita ke Daiso.. kat Aeon ada kan??

No comments:

Post a Comment