Monday 13 April 2015

Buat sendiri chicken stock untuk penyedap makanan baby

Salam...

Siapa kata baby tak boleh makan sedap?? Walaupun kita tak masukkan garam atau gula atau sebarang perisa tambahan dalam makanan dia, kita nak jugak  bagi dia makan yang sedap2.  Apa yang penting sedap tu biar lah dari rasa semulajadi makanan tersebut.  Contohnya bubur nasi, mesti kita nak variasi kan bubur nasi tu dengan pelbagai perisa dengan menambah sayuran atau daging sebagai penyedap rasa.  Tapi tahan ke setiap pagi nak memotong ayam semata nak buat sup untuk di tambah ke dalam bubur nasi?? Jadi, ada cara senang.  meh sini saya tunjukkan

"Buat sendiri chicken stock anda"

Tiada yang mustahil ye mak mak semua

Ini bahan2 nya


Ayam- 
pilih yang jenis banyak tulang tu

Celery

Leek

Bawang besar - 
kalau boleh guna yang kuning tu... (saya punya dah abis stok, so bawang seperti dalam gambar)

Bawang putih

Halia

Kulit kayu manis

Bunga Lawang

Carrot

Kentang - 
taknak letak pun takpe...

Cara2nya ialah:

Masukkan semua sekali ke dalam periuk dan letak air sehingga hapus semua bahan.  Rebus selama mungkin sehingga isi2 ayam tu tertanggal dari tulang2nya... zat2 ayam tu ada kat tulang tu.  so biar sampai jadi hampas. Selalu saya buat smpi 4-5 jam.  Tapi masa buat yang terbaru ni dalam 3 jam camtu. Sebab dah mengantuk sangat . tak larat nak tunggu. (sebab tu jangan buat malam2. huhu) Kalau air dia nampak surut tu, tambah air sikit.  Bila dah tutup api tu, biar sejuk sekejap.  Lepas tu tapis segala bahan2 dalam tu sebab kita nakkan kuah dia je.  

Cara nak simpan chicken stock yang telah siap direbus

Tuang ke dalam ice cube tray. alaa macam nak buat air batu tu.  Tutup elok2 dan masukkan ke dalam peti sejuk beku.  Bila dah bertukar menjadi ais, transfer ke dalam bekas untuk digunakan dalam masakan harian.  

 
Senang kan?? 

Kacang je.... 

ehh ayam laa.

Notakaki: Banyak kegunaan chicken stock ni... nak tambah dalam bubur nasi boleh, nak buat nasi ayam boleh, nak letak dalam pasta boleh, nak masak ngan oat boleh... Siapa kata baby tak boleh makan sedap???

No comments:

Post a Comment