Monday 13 April 2015

Macaroni Cheese untuk baby 8bulan

Salam

Hari minggu baru ni kami hanya bersantai2 kat rumah.  5 hari bekerja membuatkan saya manfaatkan cuti hujung minggu dengan sebaik mungkin.  Nama je cuti, tapi tak menang tangan buat keje rumah sambil2 melayan dua orang anak yang sentiasa perlukan perhatian.  Kesempatan yang ada juga membolehkan saya meng 'test' anak saya Safiyya makan pasta.  Nak tgk dia suka ke idak.. Masa abang dia dulu kemain lagi suka.  

Saya gunakan pasta biasa yang size orang dewasa tu.. Sebab apa saya tak guna baby pasta yang size dia comel2 tu adalah kerana pasta ni nanti saya akan blend jugak.  Jadi apa lah maknanya pasta yang berbentuk bintang itu kalau akhirnya hancur jua... 

Macaroni Cheese
Macaroni Cheese untuk baby 8 bulan

Bahan2nya ialah

Pasta - masak sehingga lembut secukupnya

Unsalted Butter

Tepung gandum

Stok Ayam

Puree sayur (saya guna carrot dan broccoli)

Cheddar Cheese  

Mix Herb (Basil & Oregano)


Cara2nya ialah

Cairkan unsalted butter dalam periuk, letak satu sudu tepung.  Kacau sampai jadi macam paste (macam peanut butter tu) - Jangan sampai hangit

Masukkan stok ayam 2-3 ketul* 

Kacau sampai sebati dan masukkan puree

Kalau pekat, masukkan air sikit - jgn terlalu banyak air

Masukkan pasta yang telah direbus tu dan gaul hingga sekata.

Parut sedikit keju Cheddar - agak2 je dan letak sikit je herbs tu.. ni nak menyedapkan bau dia

Bila dah tutup api, biarkan sejuk sekejap.  setelah itu, masukkan dalam blender.  Kalau ada hand blender* lagi bagus sebab boleh blend terus dalam periuk tu. 

Hand Blender

Siap!!! Masukkan dalam bekas kecik2 untuk kadar sekali makan. 

Nak makan nanti panaskan dalam warmer dan letak air panas sikit. Kalau likat sangat kang tercekik budak tu.


Peringatan - Makanan baby yang telah disentuh atau dimakan separuh tidak boleh dipanaskan semula ataupun diulang makan. sebab bakteria mula membiak dan kemungkinan ia basi.  Sebab tu la kita pack2 dalam bekas kecik .

*Stok ayam - Nak tahu cara buat stok ayam sendiri macam dalam gambar ni, sila klik SINI

http://ayumieka.blogspot.com/2015/04/buat-sendiri-chicken-stock-untuk.html


Notakaki:  Lulus makan pasta... ketiga2 bekas dimakan dengan jayanya tanpa ada pembaziran.

1 comment: