Monday 16 November 2015

Kesinambungan kisah potty train Danial

Salam


Lama tak cerita hal potty train dak Danial ni. 

Terus terang percubaan terdahulu mmg tak berjaya.  

Last2 saya give up camtu je. 

Dengan xsabarnya lah, bila pulak nak amik cuti nya lah, dan byk lg alasan atau lebih tepat MALAS.

Dah la Danial ni jenis tinģgi orang nya.   Bila pegi kemana2 masih pakai diapers dan telah menimbulkan moment pelik bila org ternampak diapers dia tu.  Ye laaa org ingat umur dia dah 6tahun dan sgt xpatut kalau masih dibiar berak kencing dalam tu.

Bila umur Danial dah nak masuk 4 tahun saya mula tersedar yg kami dah terlambat sgt utk proses potty train tu.  Mama kat Taiping pun dah bising sebab saya macam ambil mudah. 

Oleh itu, suka atau tak, bulan 10 baru ni saya mula balik mengajar dia hidup bebas tanpa diapers. Itupun hanya utk hari minggu kerana isnin hingga jumaat saya bekerja. 

TAPI Alhamdulillah, Danial cepat terima perubahan tu.  Walaupun hari minggu pertama tu terbakor la jugak rasanya bila terpaksa mengemop lantai 2-3 kali tapi lepas saya cakap ulang2 dan bgtahu dia kenapa kena pegi tandas, terus proses tu jadi mudah.  

Saya tak perlu lagi menyuruh atau mengingatkan dia utk ke tandas.  Tahu je dia apa nak buat.  Diapers hanya utk tido malam sahaja. 

Ini semua kerana Danial akan ke sekolah tahun hadapan.  
Kalau masih pakai diapers, apa kehey nye (dialek Perak)  

Haà lega jugak laa bila perubahan ni berjaya walaupun pada awalnya rasa macam tipis je harapan tu. 

Meh saya kongsi sikit tips untuk Potty Train ni atau bahasa lebih mudah BERCERAI LAMPIN yang saya rujuk dari blog parenting terkenal....


Apa pun bagi saya kunci nya ialah SABAR.  Cuti la berminggu2 pun tapi xsabar, memang anak tu susah nak terima.  Tak kisah la nak potty train ke, bercerai susu ke, bercerai buai ke, nak start solid food ke sume kena SABAR.
Notakaki: sebab dah terbiasa sangat ke tandas, bila malam pun dia akan berusaha bukak diapers dan pegi ke tandas. So diapers tu hanya utk protection supaya cadar dan tilam tak basah... huhu 

No comments:

Post a Comment