Monday 16 November 2015

Taska atau Pengasuh?

Salam...

Saya rasa rata2 pembaca blog saya ni mesti mak mak orang.  tak kisah la baru nak jadi mak or dah jadi mak anak 3 ke anak 4 ke... kan kan

Jadi sebagai mak ni terutama yang bekerja sepenuh masa, akan pernah alami jerih perih mencari pengasuh or taska untuk anak2.

Nak cari pengasuh ingat senang ke? Kalau dah jumpa yang ngam, memang sayang la untuk dilepaskan.  Sama jugak macam cari sekolah, kita kena pegi sendiri ke rumah mereka untuk melihat keadaan persekitaran serta rupa paras tuan punya badan.  Bukan nak tengok cantik ke idak tapi nak dapat first impression tu... Selalunya kalau ada yang tak kena, kita boleh terdetik dalam hati.  So, ringan2 kan la tulang untuk mencari dan meninterview.

Macam pengalaman saya, tugas mencari pengasuh dulu dilakukan oleh suami saya... rajin tak dia?? hehe... Bukan apa, saya waktu tu masih dalam cuti berpantang dan ada kat kampung.  Suami ketika itu sudah pun bertukar kerja ke Cyberjaya di mana sebelum ni dia kat Penang. Kalau yang pernah baca entry saya dulu2, mesti tahu yang kami adalah weekend husband and wife. Saya kat KL dia kat Penang.  Berkat doa dan harapan yang tak pernah putus (tudiaaa) husband pun dapat keje kat sini dan kami bakal tinggal sebumbung setelah saya habis cuti berpantang anak pertama.  Dah laa rumah sewa pun husband carikan, pengasuh pun dia carikan, Saya kat kampung dok diam2 jaga anak je. Tahu2 abis cuti, masuk rumah baru (rumah sewa)

Alkisahnya, husband pun pegi la tanya2 kat makcik2 yang duduk selorong rumah kami tu kot kot kenal sape yang boleh mengasuh.  Rupanya ramai... so husband pun shortlistkan laa 2 - 3 orang dan pegi jumpa setiap sorang.. dan dengan rasminya Makcik Mah tu jadi pengasuh Danial dan bersambung terus ke Safiyya.  Dalam bab2 tengok pengasuh sesuai ke tidak ni kira husband lebih tahu laa.  Sebab apa? sebab mak dia pun mengasuh budak.  Jadi ciri2 seorang pengasuh yang baik tu dia dah boleh agak. Tu yang dia setuju je bila saya suruh carikan.


Ok ok itu cerita pengasuh.  Macam mana pulak dengan Taska atau orang dok kata nursery tu??

Bila dah nak berpindah ke rumah baru ni, nak atau tak nak, saya mesti mempertimbangkan pilihan untuk hantar anak ke taska.  sebabnya, taska memang banyak kat area Bandar Saujana Putra tu.  Pengasuh bukan takde tapi sume kat ceruk rantau.. so agak tipis la peluang itu.  Sebelum ni, saya hanya dengar cerita orang je tentang keburukkan taska ni.  Cerita2 yang memang tak sedap didengar. 

Antara contoh yang saya bagi ada kat entry sebelum ni... Tapi kat sini saya nak tambah lagi

Kalau kat Taska;

Anak2 akan selalu sakit kerana budaknya ramai dan penyakit mudah berjangkit

Cuti Tahunan banyak yang habis kerana menjaga anak yang asyik demam

Anak2 seperti tak terjaga, dapat pulak pengasuh lepas SPM yang takde pengalaman.  dah berak kencing tak terbasuh..

Diapers bagi banyak tapi tiap2 hari habis dan paling magic setiap kali ambil anak, berak sampai dah kering

Sama jugak dengan susu... cepat benar habis.  Ada kes yang dia main cedok je susu anak kita bagi anak orang lain

Kalau ada bagi warmer ke, buai ke, cepat benar rosaknya.. heran...

Ok ok

Sebelum orang hentam saya, baik saya jelaskan... semua keburukan yang saya senaraikan ini bukan untuk memburukkan keadaaan.  kan saya kata itu dulu........ dulu....... dulu........

Tapi sekarang saya sudah pun membuka minda saya seluas2nya untuk mengenal apa itu TASKA.

Secara ringkasnya, penubuhan taska ni ada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Had bilangan pun telah ditetapkan dan kalau yang tak berdaftar tu memang penuh la budak2 dalam tu.  Selain bertindak sebagai pusat jagaan, bayi serta kanak2 akan didedahkan dengan aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur mereka.  Takde la anak2 korang tahu makan tido main je.  

JADI, jangan hanya kerana cerita2 orang, kita mula sempitkan fikiran kita.  Memang tak adil kalau terus menghukum tanpa mengenalinya.

Dengan rasminya saya dah pun mendaftarkan Safiyya ke Taska AWRA atau Child Care AWRA.  Apa yang menarik tentang AWRA ni sampai kami bersetuju untuk memilihnya?? Nantikan entry akan datang.  

Notakaki:  Mintak2 la Safiyya cepat terima tempat baru tanpa abang dia... 

No comments:

Post a Comment