Monday 16 November 2015

Mentaliti kita apabila kawan rapat mula berniaga

Salam...

Siapa kat sini ada pengalaman berniaga.  

Tak kisah la bisnes besar ke bisnes kecil ke tapi pernah hadapi situasi berurusniaga ni.

Macam saya sendiri, ya saya pernah menjadi agen kepada baju melayu budak lebih kurang 2 tahun yang lepas.  So far so good.  Saya buat bisnes ni dengan husband.  Saya tukang amik order, layan PM PM kat Facebook, Update stok, dan buat simple marketing.  Manakala husband tukang amik stok dan pos kan untuk pembeli online. 

Selain tu, saya pernah juga jual biskut raya.  Saya hanya tukang jual je.  Katalog dan sampel disediakan oleh tukang buat biskut.  Kalau dah biskut raya ni, memang sume jual secara direct je laa.. Nak pos takut rosak pulak.  Bisnes ni pun ok jugak tapi banyak persaingan.  Selalunya orang suka beli kuih raya yang diorang biasa beli je.. Kalau baru nak start jual, orang macam tak yakin nak beli walaupun ada tester.

Dan terkini saya jual sambal segera.  Ini pun bukan hasil air tangan saya jugak.  Saya hanya agent sahaja.  Sambal ni adalah projek exhousemate saya masa tinggal rumah bujang dulu.  Nak tahu sambal apa, nanti saya update besar-besaran dalam entry akan datang.  

Dalam entry kali ni saya nak cerita tentang pengalaman berniaga kecil2an ni...

Untuk projek sambal ni, saya target untuk kawan2 kat ofis dulu.  Sebab bagi saya sambal ni sangat memudahkan orang yang bekerja full time.  Dah la boleh makan terus je, boleh pulak dijadikan kuah untuk telur goreng ke, sotong ke, udang ke, serta boleh dijadikan bahan pencicah... ala2 sambal belacan tu.  Bila dah ada sambal segera ni, kira jimat masa la jugak... Kalau dah tahu nak masak apa sangat, boleh jadikan sambal sebagai penyedap nasi yang panas2 tu.  saya jamin memang tak rugi beli. 

Sebelum saya terus menambah perenggan untuk mempromosi sambal ni, saya nak cerita sikit pendirian saya tentang orang berniaga ni.  Maksud saya, orang berniaga dari kaca mata saya sendiri.

Kalau yang berniaga tu kawan rapat saya, tak kisah la dia berniaga apa, saya mesti beli.  nak nak pulak baru nak start berniaga untuk tampung perbelanjaan keluarga.  Tujuan saya beli tu adalah untuk support dia dari segi emosi, dan sekaligus dia tak patah semangat di awal berniaga.  Tetapi kalau dia bukan lah kawan rapat atau tak pernah kenal, saya akan lihat dulu apa barang yagn dijualnya.  Tapi kalau setakat barang makan tu, saya beli je... Mana la tahu kot dia memang terdesak ke. 

Selain tu, saya suka support penjual online yang saya mudah berurusan.  Sebagai contoh, seller yang tak kisah nak layan pertanyaan saya di awal bulan tapi nak membelinya di hujung  bulan.  hehe... Bukan senang tau nak dapat seller yg tahan kerenah pembeli ni.  Diorang memang bersungguh untuk berniaga dan menjaga hubungan dengan pembeli secara ikhlas.  Selalunya, mesti berulang la saya beli barang kat dia sebagai tanda sokongan.  Ada yang dah jadi kawan pun.  Bila cakap soal rajin layan ni, saya tak maksudkan cepat balas whatsapp ke, cepat jawab kat facebook ke, or cepat balas comment kat Instagram.  Saya sendiri faham yang diorang ni kebanyakannya work from home di mana masih mempunyai anak kecil yang perlu di beri perhatian. Ada suami yang perlu didahulukan dan juga tanggungjawab2 lain.  Tapi konteks rajin melayan ini ialah sudi jawab segala persoalan kita sebelum dan juga selepas membeli barang dan tak kisah kalau kita hanya sekadar bertanya tapi membelinya lambat lagi... 

ok, itu pandangan saya terhadap orang yang berniaga

Tapi bila saya sendiri yang berniaga, saya tak boleh mengharap kawan2 rapat akan membeli tanda sokongan.  Tetapi terus terang saya kata, memang agak terasa hati laa kalau setakat nak beli sambal rm12 pun banyak reason kau bagi... huhu.  ok ok, kang orang kata saya paksa orang  beli pulak.. dah orang tak nak, nak kecik ati pulak.   Saya bukannya sensitif tak pasal2 tapi takyah la cerewet sangat dengan kawan rapat kita.  Tak cukup merah la sambal tu, mak dia buat rasa lain la, kalau pedas baru nak beli laa... Adehhhh... Apapun saya bersyukur dengan rezeki yang Allah dah tetapkan utk saya.  So buat apa nak amik pusing sangat kan.. hmmmm.  Tapi hati ini tetap terluka... huhu

Lagi satu ialah bila berniaga dengan kawan rapat ni, diorang suka mintak diskaun yang melebih2... harga kawan2 la, nak harga modal la... ish ish ish.. buat pengetahuan semua, untung satu barang tu bukan la beratus ringgit.  Apa salahnya kita anggap seperti bersedekah dan menghargai penat lelah dia sebagai peniaga atau kalau dia jual kek ke, kita anggap untung tak seberapa tu sebagai hadiah untuk bakat dia dalam menghasilkan kek yang sedap dan cantik.  InsyaAllah, rezeki yang baik dikongsi bersama... Mana la tahu bila si penjual kek tu dah berjaya, dia sudi nak sponsor kek untuk birthday anak kita ke or nak buat surprise party untuk kita ke... 

Apapun, berniaga ni mesti ada kesungguhan serta kesabaran yang tinggi.  Soal emosi kena la tolak tepi.  Kalau hari2 menangis bawah meja sebab orang takmo beli sambal, ko nak jadi apa?? Jadi kuatkan semangat, harungi la dugaan tu... Kalau takde rejection macam mana kita nak belajar.  Yang penting kena la tahu cara untuk mengatasinya....

Setiap NO tu mesti ada YES nya... so teruskan berjumpa NO agar bertemu dengan YES 

Notakaki:  Aku si penjual sambal... 

No comments:

Post a Comment