Zaman sekarang ni jarang sangat lah orang nak buat gotong royong masak2 bila kenduri. jangan kata kenduri kahwin, kenduri yang kecik2 pun kita cari catering. Tapi yang uniknya kat taman perumahan saya tinggal sekarang ni memang la sangat bersatu hati bila ada yang nak buat kenduri. Mula2 dulu kami agak terkejut jgk bila setiap kali kenduri kahwin diadakan, mereka akan bergotong royong untuk menyediakan lauk pauk utk tetamu di hari kenduri. wahh gigih betul ni. nak masak tu satu hal, nak mengemas lagi satu hal. Kerja takkan mudah tanpa perancangan dan kerjasama yang betul. 2 hari sebelum kenduri, rewang dah start dengan nak kupas bawang nya, siapkan rencah2 masak nye dan macam2 lagi la... kebetulan baru2 ni jiran selang sebuah rumah buat kenduri kahwin untuk anak sulung mereka... Sebab dah rumah rapat sangat, jadi husband saya dengan rela hati offer rumah kitorang untuk dijadikan tempat meletak lauk2 untuk dihidang.
Pagi hari kenduri tu, bukak je pintu dah penuh ngan orang dok tengah memotong buah2 untuk jelatah...
|
tengah gaul jelatah... |
Nasib baik la mood dak Danial hari tu ok. Elok je main lego depan tv. tak pulak dia mengacau makcik2 kat luar rumah ni. kalau takkk... ish ish haru.
Tapi tak lama lepas tu ada jugak dia pegi beramah mesra kat situ...
|
uittt tapau buah oren ke... |
|
Nak buat kenduri yang macam ni memang boleh sangat. tapi pastikan anda mempunyai orang2 yang sanggup berkerjasama. Jangan serah diri kalau tahu diri sendiri pun jenis malas nak bercampur orang. Baiknya kenduri yang macam ni, lauk pauk yang di masak memang puas hati. Dengan banyaknya, sedapnya, semua kita boleh control tanpa menyerahkan bulat2 kat orang catering. Tapi memang saya kagum sangat orang taman ni bila kenduri... Diorang memang gigih menolong dari pagi sampai ke petang. Siap sapu sampah sume dibuat hari yang sama. Jadi takde lah masalah sampah di merata2 tempat. Kalau la saya pandai masak masakan melayu macam utk kenduri tu, saya pun teringin nak masak sendiri masak kenduri Akikah anak saya ari tu. haha.. berangan!!
|
Khemah depan rumah.. |
|
Nenek Danial (jiran pengasuh) |
|
Maktok Danial (pengasuh) |
|
Pakcik2 yang basuh gelas |
|
Lagi geng basuh pinggan |
|
Ada je yang tolong pantau lauk and nasi cukup ke tak.. |
|
Lokasi memasak... |
|
Yang paling rajin |
Begitu la kisahnya... upah ke masa sendiri ke yang penting ikhlas bila nak jamu orang makan. :)
seronok aktiviti merewang ni.... cuma zaman sekarang dah kurang dah orang merewang...semua nak pakai katering jer...
ReplyDeletebetul tu.. ;)
Delete