Tuesday, 12 November 2013

Tahun ke-3 perkahwinan. What do you expect?

Salam...

Hari ni 12 November genap 3 tahun perkahwinan kami. 3 tahun yang macam lama tapi tak la lama mana pun. 3 tahun yang diuji dengan pelbagai bentuk ujian (dari PJJ hingga lah tinggal sebumbung) 3 tahun yang dari berdua, hingga lah berdua point lima (mengandung) dan kini bertiga. 

Kalau tahun ke-3 ni nak kategori fasa ke berapa ek? Pertama? Kedua? atau Ketiga? Dan sudah semestinya bukan lagi fasa honeymoon yang hidup penuh bunga-bunga an. Rindu-rindu an dan segala bentuk kecintaan... (Ehh cinta tetap cinta.. hik hik).  Kalau ikutkan, berapa tahun kita berada dalam sesuatu fasa tu bergantung kepada keadaan hubungan dalam rumahtangga kita sendiri. Nak duduk dalam fasa pertama (honeymoon) 3 tahun pun boleh.  Tapi boleh kita maintain suasana tu tanpa ada sebarang percakaran?? Mustahil sangat dengan tuntutan kehidupan yang sangat mencabar sekarang ni.

Boleh dikatakan 3 tahun saya ni berada dalam fasa yang kedua iaitu fasa mencari salah!! Huh?? Sebenarnya ia bukan lah tujuan mencari kesalahan semata, cuma konflik akan timbul apabila kita mula nampak segala jurang perbezaan antara satu sama lain.  Segala benda kecik yang dulunya kita pejam mata tapi tidak lagi sekarang.  Ini kerana perjalanan hidup kita selalunya menghadapi satu rutin yang sama setiap hari dan sekiranya ada perkara yang hati tak suka berlaku berulang kali ia akan membuat kita mula membebel dan mengaitkan segala kesalahan dalam bebelan kita seharian.  :P Kesabaran dan muhasabah diri sangat penting ketika ini kerana pergaduhan yang lebih teruk boleh berlaku :( Katakanlah hati begitu kecamuk kerana terjadi perbalahan, selain berdoa pada esa, kita cipta la mantera sendiri... contohnya 'saya sayang suami saya' haa ulang la berapa kali nak ulang. supaya hati kita tenang... Lagi pun tak elok bergaduh lama2 kerana akan memberi kesan kepada anak2.

Berapa lama kita berada dalam fasa ni semua bergantung pada diri sendiri.  Kalau 10 tahun pun tak berubah, ego memanjang dan takde tolak ansur kita takkan masuk ke fasa seterusnya iaitu "everything would be great IF U CHANGE".  Fasa ketiga ni kita akan lebih menerima serta redha dengan ketentuan jodoh dan rumahtangga kita. Redha tau bukan pasrah ye.. sebab pasrah tu menyerah (dialog Ombak Rindu) huhu.  Dalam stage ketiga ni, kita dah boleh duduk berbincang baik2, tak marah2 benda yang remeh.  pasangan mula faham kehendak masing2.  sweet kan waktu ni sebab kita tak perlu stress2 untuk membebel dan menangis bagai nak rak bila sakit hati.

Fasa yang seterusnya ialah Together... at last.  hmmm susah nak cerita tentang fasa ni kerana saya belum melaluinya.  Tapi menurut apa yang saya baca, segala suka duka yang kita lalui ketika di fasa2 sebelum ini akan terbayar di mana kita akan menyedari bahawa dia lah pasangan kita dunia akhirat dan sayang sangat2.. hmm macam comel je... macam comel je... 

Ok lah.. kita layan dulu gambar2 ni.. 





 




Nota: Happy Anniversary sayang!! muahmuah

5 comments:

  1. Salam~ Thanks 4 ur info just now.. realy appriciate it.. pembetulan dah dibuat :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. orite... anyway sorry tau. takde niat nak buat kalut... :)

      Delete
  2. Semoga allah panjangkan usia perkahwinan ayu....amin...

    ReplyDelete