Thursday, 21 November 2013

Lepas marah menyesal pulak...

Danial Danial... hmmm

Salam... anak saya Danial ni cepat benar sentapnya kalau kena marah.. (hmm ikut perangai sape ntah.. hik hik)... Kalau kena marah sikit, selagi tak pujuk selagi tu la dia menangis.  Lagi2 kalau kena marah ngan papa dia... (Anak papa 100%) Tak jalan nye kalau saya yang pujuk. Dia nak orang yang marah tu pujuk.  Macam malam tadi, sebelum saya nak bawak masuk kebilik utk tido, dia buat hal jap. Dah kena marah dengan papa. Masuk je bilik, meronta2 takmo tido sebab papa tak pujuk.. Mata saya dah mengantuk sangat nih dan dia menangis je. eiiiiii lantas mulut ini dengan lancar nya #%#$%$^%#$%^$ -berleter.  Lagi kuat dia menangis.

Papa pun masuk bilik, terus angkat n peluk - pujuk letewww...

Aikkk terus ok!!

hmmm mama tak kuasa nak layan.. mata mengantuk . #)

haihhh macam tu la anak... Bila kat ofis ni mula la teringat yang kita ada termarah dia.. mula la rasa bersalah.  Nak buat macam mana kan. Kerenah anak ni kadang2 memang menguji kita. Memang kena sabar banyak laa.  Tapi bila dah geram sangat, kadang termarah jugak.. huhu.

Bagi ibu bapa yang kadang termarah anak dia dan lepas tu menyesal pulak, boleh jadikan panduan dari seorang doktor mengenai cara menangani perasaan marah terhadap anak...

Petikan... 

Apa yang lebih penting adalah cara kita menangani perasaan marah dengan cara yang lebih positif. Saya ingin mencadangkan beberapa perkara yang mungkin Puan boleh lakukan:
 1. Di dalam keadaan marah atau penat, sentiasa bertanya kepada diri sendiri,
Apa salah anak saya?’
‘Adakah salah anak saya yang menyebabkan saya penat?’
 2. Sekiranya marah, jangan bertindak meluru. Tarik nafas dengan panjang, tinggalkan seketika tempat atau keadaan yang menyebabkan anda marah. Kira dari satu hingga sepuluh, atau beristighfar seketika.  Setelah kembali tenang, barulah kembali melayani anak puan. 

3. Pelajari bagaimana untuk menangani rasa marah dengan positif. Puan boleh membaca atau mengikuti kelas-kelas untuk menambahkan kemahiran keibubapaan (Parenting Skills).

Untuk bacaan lanjut, sila klik link DOKTOR BUDAK


Nota: "Jangan marah2 nnt cepat tua"

2 comments:

  1. danial ni macam perangai auntylah, siapa yang marah orang tu yang kena pujuk...ekekeke...kalau tak selagi tu memberontak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... memang jenuh selagi tak pujuk. menangis bersungguh macam kena dera... adehhh..

      Delete