Friday, 8 November 2013

Chooo choooo Train Party untuk Danial yang 2 tahun

Salam... bersambung dari cerita kenduri akikah tu...
Birthday party ni saya buat sekali dengan majlis Akikah Danial 2hb November hari tu... kira 2 in 1 la.  Oleh kerana kenduri akikah tu main event, jadi birthday party ni saya buat biasa2 je.  Tapi biasa2 pun banyak jugak persediaan kena buat dari tempah kek, sampai la nak panggil orang tiup belon.. 

Tema yang dipilih ialah Thomas and Friends sebabnya Danial suka sangat karektor Thomas ni (ketika pemilihan tema diputuskan) sebabnya akhir2 ni dia macam suka Iron Man pulak.. adehhh kalau nak ikut sume apa yang dia minat, letih mama nih Danial. 

Kek ditempah dari kawan husband kat Sg. Petani... idea asal trek keretapi tu di atas no 2 tapi dah berubah pulak bila terima kek. Apapun tetap menarik dan rasanya tidak menghampakan.. boleh tengok page dia kat SINI....

Thomas and Friend birthday cake

Gambar dicopy paste dari tukang buat kek
Sebab dah temanya Train party, jadi saya pasangkan rail keretapi disekeliling kek tu.  Dah bila ada benda yang bergerak2, kemain ramai yang berminat... adehhh pening jugak laa nak meng'handle' situasi masa tu sampai terpaksa mintak tolong Acu (adek saya) jagakan... Bila saya datang balik, habis keretapi tu berlumur ngan kek. hmmm apa nak buat. sabor je ler... Candy2 lain tak sempat nak susun dan hanya letak2 je sekeliling meja.  Belon yang dah isi gas helium tu pun tak sempat nak hias sebab dah kidnap satu.. haha... 

Jadi para ibu bapa, yang ingin nak buat birthday party untuk anak pastikan perancangan dibuat dengan teliti dan pilih lokasi dan masa yang sesuai supaya tak la insiden mengharukan berlaku. 

Antara tips yang boleh digunakan

1. Pilih tema yang anak anda suka -paling basic pun tema color laa
2. Candy buffet tu rancang dulu nak buat macam mana supaya segala benda tak berterabur atas meja
3. Lokasi majlis pun penting jugak -  kalau buat kat restoran, memang senang laa kan sebab kerusi meja sume dah ada
4. Single event atau tumpang event pun kena amik kira supaya tak over OK
5. Pastikan hiasan belon diikat sempurna supaya belon2 tersebut masih kekal di tempatnya sehingga habis majlis. 
6. Jumlah coklat atau gula2 yang diletak atas meja perlu dipantau supaya tidak ada yang membuang sesuka hati sebab banyak sangat
7. Tukang potong kek pun kena prihatin jugak sebab kalau dah ramai, pastikan potong mengikut size yang bersesuaian supaya semua orang boleh rasa... oh yaa hari tu memang semua dapat makan sebab keknya besar dan ada dua pulak tu....
8.  Kalau ada budget besar, upah je orang buat candy buffet tu supaya lebih sempurna. :)

Gambar2 sekitar majlis yang nak diabadikan di sini...  (nnt dah 3 tahun kita pi melancong la danial ye.. letih la mama... huhu)

Puding made by Mak Tam.. tq

Paksu Danial...

Uncle Handsome

Join skali untuk baca yassin

Tengok tu.. orang baca yassin dia dok main Tab.. Danial pakai baju melayu kain t-shirt.

Dina and Aleesya

Malam sebelum kenduri... Danial and Wiya

Sambil tunggu potong kek.. Aqif, wiya and amira

Iman and Aqif

Kek Danial

Mak Su

Begini lah suasananya selagi tak potong kek...

Syakir the Handsome Boy...

Mia Amani yang cute

Mana laa birthday boy tak sampai2 lagi nih...

Lolichoc... tempah kat SINI

Potong kek...

Lagi gambar potong kek

Sabar ye anak2... nnt auntie bagi kek

Tuan Tanah !!! tolong la senyum

Birthday boy mengusung belonnya kesana kemari (terpaksa ikat kat seluar supaya tak terbang)

Aiman the vampire

Kak azah (kakak ipar)

Birthday Boy yang payah nak senyum

Sampai dipaksa senyum

Relax brader... Brader relax...

Jeling sape tu??
Bagi yang perlukan belon yang diisi gas helium disekitar utara, sila contact brother ni... Fitri 019-4524517
Sekian la laporan sekitar majlis Akikah dan birthday party Danial yang ke 2 tahun... semoga yang hadir hari tu berpuas hati dengan segala yang terhidang... sedap kan Pak Din tu masak. tapi sayang saya tak sempat nak merasa daging kicap dan daging cicah air asam.. masa orang sibuk makan, ko buat benda lain.. tak selera laa... bila dah abis baru nak cari.. huhu... Len kali makan siap2... :)

4 comments:

  1. JUST ASKING..KAT NE AKK BLI GODDIES BAG TEMA THOMAS TU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi... goodies bag thomas ni saya beli kat kedai Party Heaven (kedai dia kat shoplot taman melawati) Paper bag ni yang imported punya and harga dia mahal sikit. rugi kalau nak beli banyak
      https://www.facebook.com/pages/Party-Heaven/197195406981563?fref=ts

      Tapi kalau nak yang murah ada lagi satu kedai... ini pun saya tau lepas dah beli yang mahal.. huhu... yang ni awak boleh beli online.
      https://www.facebook.com/itsmybirthdayshop

      Kalau perlukan merchandise thomas and friend. boleh tengok kat sini...
      https://www.facebook.com/media/set/?set=a.497949166886803.126411.301603866521335&type=3

      Delete