Sabtu 2 November 2013 Taman Ria Sg. Petani- Selesai jugak akhirnya majlis yang ditunggu2 oleh kami semua. Rasa lega sangat bila dah buat akikah untuk Danial. Macam lucu pulak, sebab akikah ni kan seeloknya dilakukan selepas 7 hari anak dilahirkan tapi dah 2 tahun baru nak buat. Bukan apa, banyak halangan yang tak dapat nak diungkapkan. Apapun selesai sudah majlis tu. Walaupun macam2 peristiwa yang berlaku pada hari tersebut, saya redha je la. Yang penting selamat dah pun.
Kenduri Akikah ni kami korbankan seekor lembu... wahh mcam nak kenduri kahwin. Bukan apa, sebab selain Danial, 5 tompok lagi tu dikongsi oleh sepupu2 Danial yang dah terlajak umur jgk tu. haha... Terlajak pun belum akil baligh lagi... Seekor lembu harganya RM3150... mak aiii mahal bebonar kau ni. dan bila dibahagi2 bersamaan RM450 satu tompok. Untuk kenduri pulak orang tu charge RM5 satu kepala. Dari sembelih, lapah, masak, hidang semua dilakukan oleh orang yang sama iaitu Pak Din (Pendang). Dia jugak lah yang jadi caterer masa kenduri kahwin kami dulu...
Antara lauk yang dimasak
1. Nasi Daging + air asam
2. Daging masak kicap
3. Gulai Daging + Tulang
4. Ayam masak madu (ni saje tambah nak bagi variasi sikit kat lauk2 tu)
Selain tu ada karipap, cucur badak, pulut kuning + kari daging, puding dan seri muka sebagai penyeri hidangan makan tengah hari pada kenduri tersebut...
Kenduri Akikah start lebih kurang pukul 12 tgh hari dengan dimulakan dengan bacaan doa dan yassin oleh anak2 yatim dari tahfiz yang di jemput khas kami semua, diteruskan dengan makan tengah hari dan petang sikit tu, potong kek birthday Danial pulak... hohoho... bila teringat pasal birthday ni, mcm nak pengsan 5 kali pun ada... nanti la saya cerita kat entry yang lain.
Sekian... :)
wah aariz danial macam dalam cerita Jodoh Itu Milik Kita nama dia...
ReplyDeletehaha.. semua hanya kebetulan... nama yang dipilih dua tahun yang lalu..
Delete