Tuesday 10 March 2015

Akibat batuk berpanjangan...

Salam,

Sejak dari hari Khamis yang lalu, Safiyya dah mula batuk2. Hari Jumaat makin teruk.  Sampai berbunyi bila dia bernafas. - wheezing sound-  Keadaan ini menyebabkan Safiyya tak boleh tido lena dan akan menangis sekuat ati setiap kali terjaga dari tido.  Dengan hidung yang tersumbat akibat selsema menambah tahap ketidak selesaan dia.  Sebagai ibu, keadaan ni akan memberi kesan kepada saya juga kerana saya jugak tak cukup tido.  Tapi ini tidak menjadi hal kepada saya kerana anak lebih penting.  walaupun kadang2 saya akan terlelap sampai tak sedar anak tu menangis bagai nak rak... oh my bad.... my bad...

Sabtu baru2 ni sepatutnya kami ke KPJ untuk suntikan pnuemococal Safiyya. (nak tahu apa tu pnuemococal sila klik SINI dan SINI)  tapi Doktor tak galakkan sebab keadaan batuk yang agak teruk.  Banyak kahak dalam saluran penafasan dia dan kerana itu doktor telah sarankan untuk rawatan Nebulizer -sedut gas tu...  Selain gas ni, ubat Salbutamol jugak diberi.

Dia boleh senyum2 pulak guna  benda tu. 
Saya sebenarnya tak pasti kaedah Nebulizer ni baik atau tidak kesan jangka panjang kepada baby.  sebab ada yang memberi feedback 'ehhh jangan bagi sedut gas tu.  nnt boleh sebabkan asma'.. T_T 

Saya ni jenis orang yang percaya kan doktor sebab bagi saya doktor tu tentu dah arif dalam bidang dia dan dia tak akan sarankan benda yang akan memberi mudarat kepada kita.  kalau nak beri mudarat apa2 mesti dia akan bagitahu.  Lagipun safiyya dah smpi berbunyi nafas dia dan ini membuat saya risau.  hmm masa jumpa doktor, seperti biasa Safiyya tak nampak macam orang sakit.  sibuk menegur doktor (bahasa baby).  so doktor cakap 'happy wheezing' huhu.

Jadi bagi sesiapa yang pernah ada pengalaman tentang nebulizer ni, boleh tak share pengalaman anda kat komen di bawah. kalau ada link lagi bagus. 

Notakaki: kaedah sedut hingus dengan mulut dah pun kami buat.  walaupun banyak hingus yang berjaya keluar.  tapi kahak tu dah sangkut kat saluran penafasan.  mujur tak masuk ke paru2.. kalau tak, lagi teruk. so sedut gas la jawabnya...

2 comments:

  1. kesiannya kalau kecik2 dh kene nab..mmg batuk x boleh biar melarat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa... masa raya hari tu dia buat lagi.. batuk tak berhenti. pegi colombia kat taiping. doktor kat situ advice jgn biasakan bagi nab ni... nnt akan terlalu bergantung. tapi malam tu terpaksa buat jgk laa.. sbb nafas dia berbunyi

      Delete