Tuesday 31 March 2015

Pertama kali beli jubah dari Imaan Boutique

Salam...

2 perkataan je bagi mewakili perasaan saya apabila memakai jubah dari Imaan Boutique

'Best Sangat'

Sebenarnya saya tak suka pakai jubah. Sebab utama ialah risau pernampakkan bentuk badan.  Lagi la sekarang ni kebanyakkan fesyen jubah semuanya mengikut badan. Lagi haru ternampak garisan2 yang tak sepatutnya di tunjuk kat orang. huhu. Ni saya dengar dari mulut orang lelaki sendiri ye. "Perempuan yang pakai jubah ni boleh buat kami bayang yang bukan2"

Tapi tapi tapi tidak bagi jubah yang saya beli ni kerana ia sangat menepati citarasa saya.  Antara sebab utama ialah

1. Kainnya tak melekap ke badan- Walaupun tak berlapis2, tapi dia cukup tebal untuk tidak menampakkan bayang badan kita. Lagipun kain ni tak melekap ke badan jadi, susuk tubuh tu tak la jelas kelihatan. 
2.Nursing friendly - Sangat sesuai untuk mak mak yang menyusukan anaknya sebab ada butang kat dada.
3. Tiada batu batan yang sarat kat dada - Salah satu criteria saya nak beli baju.  sebab kan dukung anak. kalau penuh manik, batu kelip kelip, kang calar2 pulak dak kecik tu. 
4.  Labuh - Supaya mereka yang kategori tinggi ni tak perlu tercover2 buku lali atau orang panggil kain takde graviti... (tergantung) kihkih
5. Kain sejuk dan berat - Kalau dah sejuk tu mesti la tak panas kan dan paling penting kain dia berat. Orang kata bila kita pakai tu, kain jatuh elok je... 
6. Ada Zip - zip kat mana?? zip kat lengan.  ni memudahkan kita nak selak lengan baju tu. Selak bukan nak gaduh tau. nak amik wuduk laa.. hehe...
7. Warna yang menarik-  Jubah2 kat Imaan Boutique ni sumenya color dia menarik.  Memang 'In' sangat la dengan trend sekarang ni.  Walaupun kosong tapi sangat exclusive.  ehh tapi tak la kosong terus.  Detail kat hujung lengan tu dah buat jubah tu menarik dipandang... 


Cuba untuk OOTD sambil dukung anak... mmg tak jadi keje.. huhu

Selalunya orang mudah terpengaruh dengan baju ke tudung ke yang dijual online hanya kerana kecantikan model yang memperagakan baju atau tudung tu... Bila sampai kat tangan sebenarnya tak la se'cantik' yang kita bayangkan.  Konon2 pakai baju tu boleh cantik macam model tu laa... tapi jubah yang saya beli ni memang cantik di skrin cantik juga realitinya.  Tak tahu la kalau orang lain mempunyai pendapat yang berbeza.  Ye laa kan... citarasa kita bukannya sama. tepuk dada tanya selera...

Imaan Boutiqe tengah buat sales tu.. cepat2 la jenguk kalau teringin nak merasa satu.  huhu..




Facebook : Imaan Boutique
Website: Imaan Boutique
Instagram: Imaan Boutiqe
Twitter: Imaan Boutiqe

Notakaki: Nak beli lagi... yeayyy

No comments:

Post a Comment