Monday, 2 March 2015

Bila putih itu terlalu mainstream



"uhhh comelnya dia... putih gebu". 

"comelnyaa putih merah macam anak cina"...

"putihnya dia... cantik macam nenek dia" (awat, mak dia tak cantik ka???#%^$*^&*$&^%*&)


Salam...

Kulit putih bersih selalu menjadi idaman semua.  nak putih gebu, nak putih melepak, nak putih putih melati.. ehh ada ke?? hehe.. Kenapa ye jadi macam ni.  Kenapa kulit putih itu disamakan dengan cantik. PUTIH=CANTIK?? Adakah kalau tak putih tu seseorang itu tak cantik?  Sebab itu la produk pemutihan kulit kat pasaran berlambak2.  Semua claim produk dia berkesan.  kulit gelap la macammana pun boleh putih dalam tempoh 7 hari. Pelik.  Dah tu orang boleh terpengaruh pulak tu. ini lagi pelik

Ini semua salah TV (kuikuikui).  TV selalu highlight orang berkulit putih adalah cantik.  Tak kisah la kulit dia berjerawat ke, berjeragat ke, hidung kembang ke, mesti kata cantik jugak. Yang putih2 semua laku kat TV.  Semua jadi pelakon utama, tak pun model iklan.  Yang tak berapa nak cerah, jadi la pelakon tambahan. tak pun hanya lakonkan watak jahat. Kekadang tu dah sah sah orang tau dia tu berkulit putih, tapi jadi model untuk produk mencerahkan kulit.  konon2 dia dulu gelap la dan sebabkan produk tu kulit dia putih. haihhh

Nanti jangan ada jual produk memutihkan kulit marah kat saya pulak ye.. hehehe. Bukan apa, nak lakukan produk mesti kena gayanye dan jangan sampai buat pengguna terpedaya dengan jaminan yang diberikan tapi hasilnya mengecewakan.  

Notakaki:  selalu orang berebut2 nak tgk baby yang baru lahir sebab nak tengok baby tu putih ke tak. haihhh.

No comments:

Post a comment