Thursday, 26 March 2015

Dah Habis Pantang, Bengkung tu nak buat apa??

Salam...

Sehingga hari ini, sudah lebih kurang 7 bulan saya selesai berpantang bersalin anak kedua.  Walaupun tempoh tu dah habis, masih ada perkara yang saya masih pantang.  Kebanyakkannya ialah pantang makan benda2 tertentu terutama yang menyumbang 'angin' dalam badan.  Tapi tak lah ketat sangat.  Kadang2 tu terlepas jugak sebab dah tak tahan wehhh... Laksa , Kuewtiaw, air kelapa, tolong la jangan muncul dalam ingatan... huhu. Tu baru bab makan.  Gesaan untuk kurus tu sebenarnya takde la sangat.  Tapi kalau tak jaga, mahu badan ni naik tak menahan.  Lepas tu lagi susah nak turun.  Jadi rajin2 la sapu losyen kurus balance pantang ari tu. 

Seperti yang saya pernah cerita dalam entri lepas, saya telah membeli 1 set bengkung jenama Bengkung Mama keluaran Ayusline Sdn Bhd. seperti gambar di bawah ni;

Bengkung Mama
Saya mula menggunakan bengkung selepas 2 minggu bersalin.  Itu pun setelah diyakinkan oleh kawan2 yang bersalin czer di mana boleh je nak pakai bengkung tanpa memudaratkan bekas luka.  Tapi jangan la zap ketat2.  Cukup sekadar mengemaskan bahagian perut kita.  Bagi yang ada perasaan was2 macam saya tu, anda tak perlu risau or takut sebab, bengkung tu akan 'memegang' kemas perut kita yang mengeleber itu.  Nak bersin, nak batuk, tak perlu pangku perut sebab bengkung dah ada. Tahu tak, kawan saya tu balik je dari hospital terus pakai bengkung.  Memang dia tak tunggu lama dah sebab orang yang bersalin czer ni boleh pakai bengkung seawal 1 hari lepas bersalin.  Jadi penting la untuk kita memilih bengkung yang sesuai. Jangan la pilih yang bertali2 tu sebab akan menyukarkan kita kerana terpaksa bergerak banyak dan tertunduk2.  Lagi satu, bagi yang berpantang sendiri memang sesuai la bengkung jenis zap zap ni sebab tak payah mintak tolong orang untuk pakaikan.  

Jadi, apa kekdah nya bengkung yang kita beli tu lepas abis pantang? takkan nak simpan je kan.. dah la beli mahal2. Oleh kerana, cara pemakaiannya amat mudah, tak salah pun kalau kita sekali sekala pakai masa kat rumah.  Kata nak kurus.... Sambil2 buat keje rumah tu, zap kan je kat perut.  sape nak heran. nak pakai ke ofis pun boleh tapi pastikan tak nampak la bentuk bengkung tu... siap ada bau herba lagi. huhu...

Kesimpulannya, Perbelanjaan kita yang banyak tu akan jadi berbaloi2 sebab boleh digunakan lama dan  bukan hanya terhad untuk tempoh berpantang... Berbelanja lah dengan bijak... ewahhh...


Kalau nak tahu lebih detail pasal Bengkung Mama ni boleh ke website mereka  

Notakaki: Nak ramping kena laa usaha... jangan degil macam perut saya nih... haihhh


No comments:

Post a Comment