Friday 13 November 2015

Pencarian Taska untuk Safiyya pun bermula

Salam...

Pencarian Sekolah Danial dah selesai... ok lega.  Tapi sekarang tengah bertungkus lumus pulak nak shortlist kan taska atau pengasuh untuk Safiyya.

Macam abang dia jugak, habis pantang je terus hantar rumah pengasuh.  Dalam pemikiran kami taska atau nusery ni memang bukan pilihan utama laa.. 

sebab utama ialah

kat taska ni macam tak terjaga kerana ramai budak, 

kat taska mudah dapat penyakit,

 kat taska kurang kasih sayang, kat taska ada limit - contoh: ambil anak lepas pukul 6.30 petang akan dicaj OT, 

kat taska berak kencing tak terjaga, kat taska barang2 semua bercampur dan kebersihan tak terjamin...

haaa itu laa dalam pemikiran kami laki bini.


Dekat rumah yang kami tinggal sekarang ni, mencari pengasuh bukan la satu perkara yang susah.. ini kerana area tersebut sudah lama wujud dan boleh kata jenis perumahan lama.  Bila dah lama ni, ramai la orang2 lama yang tinggal kat sini.  Selain surirumah sepenuh masa, mereka juga mengambil upah mengasuh.

TETAPI, Bandar Saujana Putra yang letaknya rumah baru kami tu, adalah kawasan yang baru.  Nak cari pengasuh yang sesuai tu agak mencabar jugak.  Taska, Tadika, Day Care memang mencambah laa.  Ini memaksa kami menukar pemikiran untuk mendekati apa itu taska...

Rupanya banyak pilihan taska yang ada.  Cuma saya perlu berhati2 untuk memilih mana yang berdaftar dan mana yang tidak.

Nak tahu apa itu TASKA secara menyeluruh, sila ke sini --------------TASKA

Ok

Seperti sekolah abangnya, taska untuk Safiyya ni pun saya tak survey banyak sangat.  Leceh kalau nak cari banyak sangat dan nanti rambang mata jugak.  Ciri utama ialah mesti yang berdaftar, premis yang bersih dan selesa, tiada kes serius akibat kecuaian, pengasuh yang berpengalaman, dan harga yang berpatutan.. owh ya satu lagi ialah dekat dengan rumah.

Berikut adalah senarai taska yang sempat saya senarai pendekkan

  • Premis yang bersih (rumah 2 tingkat)
  • Tuan Taska yang baik dan mesra
  • Mesra susu ibu
  • Yuran yang sangat berpatutan (sila hubungi sendiri bagi mendapatkan butirannya)
  • Masa operasi yang best 6.30 pagi - 6.30pm (ini kerana rata2 taska boleh terima budak seawal 7pagi)
  • Kadar OT yang tidak membebankan
  • Pembelajaran yang basic mengikut tahap pembelajaran setiap kanak2 yang dijaga
  • Menurut tuan taska (Puan Zira), kebanyakan budak2 bekas penghuni taska dia tu boleh la kenal abc, boleh baca doa, boleh baca surah2 pendek... hmmm kira ok laa kan..
  • Boleh kata, jarang la ada budak yang separuh jalan kerana tak boleh terima kehidupan kat taska... Walau macam mana ragam nya nak hantar mula2 tu, pasti boleh diatasi berdasarkan pengalaman yang ada.
  • Masih Open for registration



  • Premis yang bersih jugak... (rumah teres setingkat)
  • Ada orang panggil taska biru
  • Mesra susu ibu
  • Off course berdaftar ngan JKM
  • Yuran yang berpatutan
  • Masa operasi : 7 pagi sampai 7 malam (limit sampai 9malam sahaja)
  • Kadar OT (lepas pukul 7malam) : RM15 kalau tak silap 
  • Macam playschool la gayanya... Kanak2 akan didedahkan dengan aktiviti sesuai dengan umur mereka... Boleh kata anak2 kat situ pandai berdikari laa
  • Ada daily log book.  Segala aktiviti harian anak anda akan dicatat dalam log book. haaa menarik kan.
  • Tapi sayang ye... hanya 2- 4 Tahun sahaja yang masih available... 


  • Secara terus terang, saya tak pergi sendiri ke taska ni.  Tapi kawan husband yang tinggal di area yang sama dah pun survey2 kat sini
  • Standard yang sama macam taska2 yang berdaftar iaitu ada pembelajaran... takde laa anak-anak tu diberi makan, tidur, tengok tv je..
  • Yuran tak pasti tapi mesti rate dia lebih kurang je
  • Masa Operasi pun saya tak pasti.  Boleh pegi facebook dia
  • Rasanya untuk 2bulan- 1 tahun dah penuh.  :(

Setelah ditimbang2 segala pro and con, kami pun memilih;

Sumber
Dan dalam masa yang sama kami masih berdoa kalau2 AWRA nak terima baby lagi untuk May2016 nanti... kalau takde rezeki, saya nak register kat Nur Iqisha.  Owner dia sangatlahhh keibuan... awww...

Tapi kena la cepat2 book ye... sebab setiap taska kat situ baby bawah 1tahun limit nya 3 orang sahaja untuk setiap taska... 

Notakaki:  Hati masih gelisah... boleh ke dak piya ni survive kat situ.. dah manja sangat ngan pengasuh sekarang ni. 

16 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. puan hantar ke sini ke? taska awra sgt bagus, sedih sgt dh nak tutup �� saya hantar anak ke sini rasa tenang hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... saya hantar anak saya sejak dec 2015... mmg puas hati sgt. Tp sedih sgt sbb dah nak tutup pulak. Anak puan umur berapa yg hantar situ? Anak saya baru 19bulan. Skang susah hati balik sbb kena cari taska lain.

      Delete
    2. anak saya nama razin..setahun 5 bulan..puan dah jumpa ke taska baru?

      Delete
    3. dah dapat dah. sekarang hantar kat taska ana junior sp 9/4. 2 orang anak saya hantar kat situ... 21 bulan dan 3 bulan...

      Delete
    4. Salam, sy emma. sy baru pindah sp4. ade taska boleh recommend utk anak umur setahun x? thank you in advance..

      Delete
    5. Wsalam... hi emma. yang boleh saya recommend taska yg kat sp10.. sbb saya duduk situ. Ada al-fath sp10/4 dan taska ana junior sp10/15. Ana junior ni ada 2. Kat sp9/4 tu main dia. Kalau sp lain saya tak sure. Sbb tak pernah survey smpi ke sp4 kecuali taska iqisha kat sp8.

      Delete
    6. Wsalam... hi emma. yang boleh saya recommend taska yg kat sp10.. sbb saya duduk situ. Ada al-fath sp10/4 dan taska ana junior sp10/15. Ana junior ni ada 2. Kat sp9/4 tu main dia. Kalau sp lain saya tak sure. Sbb tak pernah survey smpi ke sp4 kecuali taska iqisha kat sp8.

      Delete
  3. Salam. Tgh blogwalking cari taska best area bsp terjumpa blog puan ayu ni. Sgt membantu utk kami yg baru pindah sini. Huhu. Sy nak tanya, ok ke anta taska ana junior?. Kenapa anta anak kat ana junior instead iqisha?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... masa saya tengah survey2 taska kat bsp ni, saya masih belum pindah kat sini. jadi main agak2 je serta tanya2 kawan yang dah tinggal sini. setelah berapa minggu dok round kat sini saya shortlist mana yang sempat. last2 decide pilih taska yang kat sp 9 sebab senang tadika and taska dalam satu area yang sama dan juga laluan nak keluar keje pagi2. actually masa mula2 pindah saya hantar anak kat AWRA. tapi taska ni dah tutup and lepas tu baru saya hantar kat ana junior sekali ngan baby baru... taska iqisha kat sp 8. masa nak pilih tu puas jugak la pikir pro and con nya... sebab tarikan kat iqisha ni yuran dia murah sikit dari ana junior and awra and plus owner dia baik sangat. last2 tawakal je... huhu. Alhamdulillah serasi. ;)

      Delete
    2. Ohh alhamdulillah. Puan ayu ni hantar anak kat TAJ sp 9 ke 10? Skrg baby umur berapa? Sy taktau la baby saya sama ke tak mcm puan sbb first time sy nak anta anak kat taska, tp baby sy ni susah nak tido kalau xmenempel dgn maknya huhu. Risau jgk bila nak anta taska ni dia xboleh tido sbb takde mak nya. Ade buat ala ala orientasi ke dgn TAJ tu utk baby puan ayu nak tgk serasi ke tak?

      Delete
    3. sejak cawangan baru sp10 dah bukak, saya hantar kat situ... kalau tak, kat sp9. tentang serasi tu kita kena try la jugak.. mula2 dulu saya risau anak saya tak boleh nak terima. masa kat rumah lama, lepas je abis cuti pantang terus hantar pengasuh. tapi sejak pindah sini saya hantar taska. macam2 saya fikir. takut dia senang sakit laa, takut dia menangis laa.. tapi alhamdulillah pandai je dia bawak diri. n lepas adik dia lahir, saya hantar kat taska yang sama. anak saya yang no.2 tu 2tahun 4bulan dan yang baby dah 10bulan. kat TAJ, puan boleh try hantar dulu. memang owner dia galakan macam tu. selalunya tak smpi seminggu budak dah boleh terima. seronok sebab ada kawan. awal2 mmg la nangis. tapi pandai la cikgu2 situ pujuk. hmm tinggal sp mana ye? nnt cepat2 la book tempat. sebab ramai yang mencari dan tempat terhad.

      Nor Fauzana - 01121106902
      Azmahani - 0134034044

      Delete
  4. Saya Tak sarankan hantar anak ke Taska Iqisha tu kerana kemudahan kurang Dan juga kebersihan pun Tak terjaga.Memang murah yuran tetapi di Taska Tak berapa belajar kerana tiada guru yang berpengalaman untuk mengajar kanak-kanak Dan kebanyakan kerana kekurangan staf, anak-anak kurang terjaga. Baik masukkan Taska lain saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Hi Kiki... baru saya tahu hal ni. Mungkin boleh jadi panduan untuk parents yang baru nak cari Taska untuk anak diorang. buat masa sekarang, anak2 saya hantar kat Taska Ana Junior SP10.

      Delete
  5. Feel free to visit my blog for my sharing :)
    http://mrsingenieur.blogspot.com

    ReplyDelete