Friday 6 March 2015

Hermo.my: The best online shop bagi pecinta make up dan skin care made in korea

Salam...

Hari ni nak cerita pasal kena pedaya lagi.  Kan hari tu saya ada cerita tentang terpengaruh dengan si Namee sampai terbeli Lactacyd.  sila refer SINI.  Kali ni Hermo pulak.  Hermo ni satu online shop yang menghimpunkan (read as menjual) pelbagai jenis jenama penjagaan kulit yang kebanyakan dari Korea. Serius best sebab harga dia tak mahal sangat dan pernah sekali saya buat perbandingan dengan online shop yang lain dan nyata harga untuk cream saya nak tu jauh beza harga dia.  Dah jadi satu kewajipan pulak untuk mentelaah Hermo.my sebab dah tergoda dengan barang2 tu.  Saya bukan la peminat K-Pop tapi saya suka produk2 kecantikan dari Korea ni.  Produk dia boleh kata berkesan, menepati kehendak, tak mahal sangat dan best2 belaka.  Baru register sebulan, dah 3 kali saya beronline shopping kat Hermo.my ni.  Rasa best pulak beli skincare secara online ni.  Sebab kita boleh belek satu2 produk tanpa diganggu oleh sales girl.  Kan kalau pegi supermarket nak beli pencuci muka ke, moisturizer ke, mesti si sales girl ni mai menempek kat sebelah dan cuba mempengaruhi kita beli macam2. adoiii... sambil mata ni jeling2 kat kulit muka dia.  Ye laaa kalau hang kata benda tu elok sangat untuk cerahkan kulit la, hilangkan jerawat, jeragat dah tu kenapa kulit kau tak licin pun.. kui kui kui.

Ok, berbalik kepada Hermo.my. Kenapa saya kata dia best sangat sebab Hermo.my ni

http://www.hermo.my/
Sebab dia;
Semestinya 100% Original

Tak kisah beli apa pun. Kalau beli dua, dia bagi free shipping

Andai kata tak suka, boleh pulangkan balik

Boleh test dulu kalau nak tau sesuai ke tidak dengan warna kulit

Penghantaran yang cepat.  tak de sampai berminggu2 nak tunggu
Ini adalah antara yang saya pernah ter shopping kat hermo.my


Notakaki: Sape suka shopping online? sila angkat tangan... yeayyy kita geng.

5 comments:

  1. Hi mcm mana nak refund kalau kita tak suka tu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi... untuk tu, awak kena call balik customer service dia utk refund... ada syarat n term utk tukar or refund...


      CUSTOMER
      SERVICE
      07-5953567

      admin@hermo.com.my

      Delete
  2. Kalau kita bayar melalui cash deposit dan kita hantar email kepada dia, macam mana nak tahu yang kita punya duit dah diterima ke belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas dah email tu, tunggu reply dari Hermo. kalau dia lambat respon boleh call customer service dia cakap u bayar guna CDM. jgan lupa simpan detail payment utk rujukan.

      Delete
  3. Thank you for sharing this! Just what I’ve been searching for. Great info!
    golden dress

    ReplyDelete